Sunday 10 February 2013

17 FAKTA MENARIK MENGENAI AZRINAZ MAZHAR HAKIM



17 FAKTA MENARIK MENGENAI AZRINAZ MAZHAR HAKIM :


1.  Azrinaz Mazhar Hakim adalah bonda kepada dua anak Sultan Brunei, Putera 'Abdul Wakeel Bolkiah dan anak bongsu Sultan Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah


2.  Pada tahun 2005, di usia 26 tahun Azrinaz Mazhar Hakim telah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang pada masa itu berusia 58 tahun


3. Perkahwinan beliau, seorang biasa,  dengan Sultan Brunei - yang merupakan salah seorang Raja terkaya di dunia - telah menjadikannya 'Cinderella yang dicemburui' gadis-gadis seluruh dunia.



4.  Atas sebab yang sama, Azrinaz juga telah menjadi 'Cinderella buruan dunia' apabila pencarian namanya menduduki tempat teratas di dalam web antarbangsa



*Bagi laman web antarabangsa, terutama Yahoo!, pencarian melebihi 100,000 dikira cukup hebat yang meletakkan seseorang individu itu sebaris dengan tokoh terkenal dunia lain.



5.  Pencarian nama Azrinaz pernah mengatasi perkara lain di dunia. Malah pencarian namanya masa itu telah mengalahkan selebriti dan tokoh dunia 'top list' seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.



6.  Nama Azrinaz menduduki senarai teratas untk maklumat berkaitan televisyen dalam bulan Ogos 2005 



7.   Nama Azrinaz mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam ruangan khas enjin carian Yahoo!, Yahoo! Buzz Index dalam bulan Ogos 2005



8.  Nama Azrinaz menduduki senarai teratas ruangan khas  apabila dianggarkan setengah juta carian (hit) menggunakan namanya dicatatkan dalam tempoh sehari dalam bulan Ogos 2005 



*  Anggaran jumlah itu diperoleh berdasarkan peratusan pencarian menggunakan nama Azrinaz Mazhar Hakim dalam enjin carian Yahoo! yang memaparkan peratusan sebanyak 589.54 peratus pada Rabu, 24 Ogos 2005



9.  Azrinaz menjadi satu-satunya gadis Melayu dalam 15 senarai dikemukakan laman web itu sekaligus meletakkan namanya tersenarai sebaris dengan individu terkenal dan perkara menarik seperti rancangan televisyen dan filem luar negara.



* Berdasarkan maklumat diberikan Yahoo!, pengiraan dibuat menggunakan kaedah 0.01 peratus mewakili satu carian, menjadikan anggaran keseluruhan sebanyak 589,540 carian untuk Azrinaz, Rabu, 24 Ogos 2005



10.  Nama Azrinaz Mazhar Hakim terdapat dalam kira-kira 3,000 laman web (laman web berita ‘online’ dan laman web peribadi seperti forum dan ‘blog’) dalam tahun 2005 sahaja.



11.  Bibit perkenalan Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah bermula di Pucon, Chile apabila Sultan Brunei menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Pucon  dalam bulan Jun 2004 di sana dan Azrinaz kebetulan membuat liputan bagi TV3 di tempat yang sama.



12.  Azrinaz berjaya merahsiakan kisah cinta mereka dengan rapi dan beliau hanya berhubung dengan Sultan Hassanal Bolkiah melalui telefon bimbit sepanjang masa percintaan mereka.



13.  Azrinaz telah bercerai dengan Sultan Brunei pada 16 Jun 2010. 



14.  Azrinaz meletakkan jawatan sebagai personaliti TV3 - beliau merupakan Wartawan Harapan TV3-2000 - pada pertengahan Mei 2005.



15.  Saudara terdekat dan rakan  Azrinaz hanya mengetahui cerita percintaannya dengan Sultan Brunei apabila mereka dijemput dalam majlis perkahwinannya yang telah dibuat secara tidak formal dan tertutup.



16. Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.



Bagaimanapun,  beliau meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.



17. Azrinaz merupakan antara penyampai berita popular TV3 selepas kerap muncul dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30, sebelum meletakkan jawatannya.






No comments:

Post a Comment