Tuesday 19 February 2013

FIZ FAIRUZ PUTUS TUNANG DENGAN ISTERI ORANG

Wajah Azlyn Massiela bekas tunang Fizz Fairuz


Rupa-rupanya Azlyn Massiela, tunang Fizz Fairuz adalah isteri kedua seorang usahawan yang berusia 40an!

Pertunangan mereka telah menyebabkan kontroversi minggu lalu kerana sebelum itu bunga-bunga cinta Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah lama diketahui umum. Fizz Fairuz yang menyedari dirinya telah tertipu telah memutuskan pertunangan itu pada hari Ahad, 17 Februari 2013.

Fizz Fairuz tidak menafikan kemungkinan dia terkena buatan orang. Almy Nadia sebelum ini pernah menasihati beliau agar berubat.

Fizz Fairuz telah memohon maaf kepada semua orang, terutama kepada Almy Nadia. Menurutnya sepanjang setahun berkawan, dia tidak mengetahui latar belakang Azlyn Massiela, di mana tempat kerjanya, pendidikan termasuk keluarganya. Katanya sedar-sedar beliau sudahpun bertunang dan hanya berkenalan buat pertama kalinya dengan keluarga bekas tunangnya ketika majlis pertunangan tersebut berlangsung.

Tambah Fizz Fairuz, dia hanya menyedari Azlyn Massiela itu isteri orang selepas empat hari pertunangan mereka berlangsung.  

Perkahwinan bekas tunangnya mungkin sukar dihidu sebab Azlyn Massiela telah bernikah di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.


No comments:

Post a Comment