Tahun Baru Ular akan bermula pada 10 Februari 2013 yang merupakan hari pertama dalam kalendar Tahun Baru Cina. Tahun ini merupakan Tahun Ular Air menurut kitaran 12 haiwan zodiak Cina.
'Warna Bertuah' untuk Tahun Ular Air ialah biru, ungu dan hijau. Masyarakat Cina akan menitik-beratkan 'Warna Bertuah' ini dalam pembelian pakaian, kereta baru, cat rumah sehingga ke aksesori telefon bimbit. Warna paling bertuah adalah biru kerana biru melambangkan air.
Ramalan pakar feng shui mengatakan bidang-bidang yang berkaitan logam dan mineral, insuran, pendidikan, kewartawanan dan industri akan berkembang dengan baik tahun ini.
Industri berkaitan bumi dan yang mempunyai unsur-unsur api hartanah, pembinaan, cat dan telekomunikasi diramalkan tidak berjalan dengan lancar.
Bagaimanpun, pakar feng shui, Mr David Koh meramalkan tahun 2013 adalah tahun 'selesa untuk rakyat Malaysia.
Tarikh-tarikh yang bertuah untuk berkahwin, memulakan perniagaan dan melahirkan anak ialah 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember.
No comments:
Post a Comment