Showing posts with label TRADITIONAL HEALING. Show all posts
Showing posts with label TRADITIONAL HEALING. Show all posts

Monday, 25 June 2012

18 SEBAB JIN SUKA MERASUK MANUSIA




Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani mengatakan "Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,”.

Menurut Ustaz Dasuki ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. 

Lazimnya jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat. “Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya" katanya.

Tambahnya lagi “Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,”.

Menurut Ustaz Dasuki, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Katanya, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Menurut ustaz Dasuki ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati 
        perintah Allah

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti 
    ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam 
      rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut 
      kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur 
      sihir

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya :-

1.  Sukar tidur malam

2. Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja 

3. Perasaan resah tidak menentu.

4. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan 
   seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, 
   dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga 
   dikaitkan dengan gangguan jin.

5. Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan 
    makhluk halus 

6. Malas berzikir dan solat

7. Merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar 
    dikesan oleh doktor.

8. Pening berpanjangan terutama pada waktu senja

9. Otak lemah

10.Tidak sedar diri

11. Telinga berdesing 

12. Mendengar kata-kata suruhan tertentu

Saturday, 2 June 2012

GANGGUAN JIN ASYIK/CINTA


Gangguan oleh jin asyik/cinta merupakan gangguan yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlu rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.


PENGENALAN JIN ASYIK

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit. 

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya. 

Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.


ANTARA SIMPTOM WAJIB YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT JIN ASYIK

1.    Celah kaki seperti cuba dibuka orang
2.    Rasa di tindih dan terasa nikmat 
3.    Kemaluan menjadi sakit seperti kepecahan dara
4.    Didatangi lelaki dalam mimpi,
5.    Sering mengalami sakit pinggang ke bawah bahagian belakang
6.    
7.    Sering menangis tengah malam
8.    Enggan solat
9.    Tidak terurus 
10.  Sering bermimpi.


Biasanya gangguan jin asyik berlaku pada perempuan. Bahkan mereka lebih suka untuk bersama manusia berbanding spesis jin sendiri.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit.


BAHANA JIN ASYIK

Wanita yang pemikirannya telah dikuasai jin asyik (kadang-kadang wanita yang  telah berkahwin, malah ada yang telah mempunyai  anak) akan berkeras tidak mahu berubat. Malah ada yang sehingga meminta cerai daripada suami. Ada yang mengancam kalau tidak diceraikan, dia akan membunuh anaknya sendiri! 

Jika wanita itu telah bersuami, suaminya juga diganggu untuk menjadi mudah marah, dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti memukul isteri. Inilah bahana gngguan jin asyik. Mereka akan merosakkan hubungan antara suami isteri dan akan menjerumus kepada penceraian. Si lelaki jika tidak cukup kuat bersabar, iman mudah goyah, maka pastilah akan di akhiri dengan penceraian pada akhirnya. 


Bagi mereka yang sakit, dinasihatkan untuk mencari pengamal-pengamal perubatan Islam  bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin secara berperingkat sehingga benar-benar sembuh. Jangan ikhtiar dengan bomoh dan sebagainya, yang mensyirikkan Allah Taala. 


ANTARA CARA PENGUBATAN YANG LAZIM DIGUNAKAN

1.  Pesakit diminta bersedia dengan duduk melunjur kaki
2.  Kemudian pesakit diberi minum air ruqyah. 
2.  Ruqyah dimulakan dengan istighfar dan tapak tangan diletak pada dahi pesakit 
4.  Seterusnya sesi dialog dengan jin
5.  Kemudian sesi angkat sumpah dan sesi pengeluaran jin dari jasad pesakit dengan  melaungkan azan 
6.  Seterusnya penyediaan air penawar untuk mandian dan minuman si pesakit. 
7.  Sesi menasihatkan si pesakit agar menjaga adab sebagai muslimin, menjaga solat, menutup aurat dan 
     melazimi bacaan Quran.
8.  Akhir sekali sesi membuat pemagaran rumah (jika perlu atau diminta oleh tuan rumah)


Friday, 1 June 2012

CARA JIN RASUK


Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

ANTARANYA :

Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.

Melalui " saka Baka "

Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :

Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.

Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan  Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.

Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.

KATA ULAMA :

" Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "

Maksudnya :

" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;

Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

Kusut fikiran.

Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.

Mengigau ketika tidur.

Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.

Akhirnya baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:

Akibat sihir

Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin 

Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.

Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya 
" Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

Membaca Ayat2 Ruqyah : 
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, 
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. 

Contoh : 
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat 
- Tilawah Qur'an 
- Ta'alim 
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif 

Berdo'a: 

Contoh: Al-Mu'minun 97-98 
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." 
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur 

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif 

Surat Fathir: 6 
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." 

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. 

Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah. 
Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

PENYAKIT GANGGUAN


Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini: 

a.      Lekas marah atau panas baran

b.      Irihati

c.      Cemburu

d.      Jahat sangka

e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan

f.    Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya. Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN 

Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya. 
Hilang ceria diri dan rumah kediaman. 
Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik. 
Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri. 
Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti: 

a.  Api menyala dengan sendiri

b.  Bunyi orang berjalan

c.  Menangis

d.  Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah: 

Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus pertunangan.
Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
Rebutan harta pusaka.
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama. 

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI: 

Mimpi.
Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 

Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR

1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur 
        nyenyak.

2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang 
        tidak kelihatan.

3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa 
        lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

8.   Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang 
      meninggal dunia.

9.    Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh 
       ke bumi.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga, yaitu, peminum kamar (minuman keras), orang yang mempercayai sihir dan pemutus silatulrahim".
(Hadis : Riwayat Ahmad bin Ibnu Hibban)

“ Engkaulah ya Allah, yang Maha mengetahui tentang diri kami, Engkaulah ya Allah, yang dalam genggaman Mu seluruh peristiwa, Engkaulah ya Allah, yang dalam ke Maha luasan ilmu mu segala alam syahadah dan alam ghaib redhailah dan ilhamkanlah kami ilmu bermanfaat dari perbendaharaanMu berilah kami kekuatan untuk sentiasa mengamalkannya dalam berdzikir, bersyukur dan menyempurnakan pengabdian kami kepadaMu bismillah…….dengan asmaMu, izinkanlah kami…

PERBOMOHAN MENURUT ISLAM


Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.

Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

·    Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.

·    Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul. 

·    Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan 
     ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika; 

Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. 

Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.

Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.

Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan  ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. 

Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; 

Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.

Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;

Menggunakan ayat Al-Quran.
Menggunakan bahasa yang difahami.
Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza’ ).

Perkara lain yang dilarang adalah; 

Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan. 

Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan. 

Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik. 

Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong menolong. 

Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT 

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. 

Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. 

Baginda menjawab: 

“ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

GANGGUAN SAKA



 Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri

Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.


Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. 

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Penting

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).

Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis

Jenis Pertama :-

Ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Atau sebaliknya seperti untuk mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.

Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua : -

Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.

Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya. 

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.

Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.

BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN



Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

Berlaku secara terus : 
Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.

Berlaku menurut kehendak : 
Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding. 

Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.

Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. 

Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.

Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa. 

SUMBER: PERUBATAN KEROHANIAN AL-HAZ 2008

DOA MELINDUNGI DIRI DARI SAKA/JIN/SIHIR


Surah As Saffat, ayat 7

Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga  dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/Iblis dan syaitan. Amalkan dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sehat terutama dalam waktu maghrib.


Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh setan.

Antara tanda-tanda terkena sihir :-

1.   Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.  Kadangkala terasa terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air 
     yang mendidih.

3.  Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain 
     walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.  Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya 
    oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. Dan interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

Iblis                    - bapa segala jin
As Syaitan         - syaitan
Al Muraddah     - peragu (pewas-was)
Al Afariit           - Ifrit (penipu-penipu)
Al A”wan          - penolong-penolong (khadam)
Al-Ghawasuum - penyelam-penyelam
Atthiaruun         - penerbang-penerbang
Attawabi”          - pengikut-pengikut
Al Qarna”          - pengawan-pengawan
Al “Ammar        - pemaa”mur-pemaa”mur


ENTRI YANG BERKAITAN :

~~~~~>  BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

 ~~~~~>  SAKA



Monday, 21 May 2012

Apakah itu saka dan apakah tanda-tandanya?



Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- 
>  dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.

Org yang tak tahu dia ada saka
>   biasanya tak memudaratkan orang lain.

Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.

BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
           
Bagi yang tahu dan menjaga saka-
>tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- 
>kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- 
>apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan adalah dengan kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

~  Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

~  Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa  sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

~  Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua  .

~  Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.

Saka/ jin yang kuat sangat sukar untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.

Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

Saya mencadangkan cara rawatan Islam Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat, bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.

sumber : Langkahan Ikmalia dengan berperantaraan Alexanderwathern


Entri-entri berkaitan :

->     DOA MELINDUNGI DIRI DARI SAKA/JIN/SIHIR  

->     SAKA


->     GANGGUAN JIN ASYIK/CINTA

->     CARA JIN RASUK  

->     PENYAKIT GANGGUAN

->     PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

->     GANGGUAN SAKA

->     BAGAIMANA SAKA DITURUNKAN    





Friday, 2 December 2011

DO NOT FIGHT WITCHCRAFT WITH WITCHCRAFT TO SOLVE MARITAL PROBLEMS



Firstly:

Curing a person who have been bewitched or had a spell cast on him, if it done by permissible means, comes under the heading of the treatment of sickness and disease. It is one of the best of deeds if one seeks the pleasure of Allaah thereby, especially if that is also for the purpose of solving marital or family problems.

There are two scenarios that may apply in curing one who has been bewitched:

1 – Lifting the spell by means of further witchcraft, where the practitioner of witchcraft and the sick person seek to draw close to the jinns and devils in order to cure the spell. This is haraam and it is a great evil and the work of the Shaytaan, as it says in Musnad Ahmad (3/294) and Sunan Abi Dawood (3868), where it is narrated that Jaabir ibn ‘Abd-Allaah (may Allaah be pleased with him) said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) was asked about nushrah, and he said, “It is the work of the Shaytaan.” Classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood, 3868.

Nushrah means curing a person who has been bewitched. What is referred to here is the type of nushrah that was used during the Jaahiliyyah, which is curing witchcraft by means of witchcraft or by using the services of the devils.

See al-Qawl al-Mufeed ‘ala Kitaab al-Tawheed, by Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him).

The way in which this hadeeth indicates that it is haraam is that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) described it as being the work of the Shaytaan, and whatever is the work of the Shaytaan is haraam, for the Shaytaan enjoins evil, immorality and saying of Allaah what one does not know.

2 – Lifting the spell by means of the ruqyahs and prayers for refuge with Allaah that are prescribed in Islam, and using permissible kinds of medicine. This is permissible and is a righteous deed for which a person will be rewarded, so long as he observes the proper etiquette of treatment and performing ruqyah. See question no. 12918.

Secondly:

Our advice to the who uses witchcraft to fight witchcraft is to fear Allaah and to hasten to repent from this action which poses a threat to his religious commitment and his Islam, before the Angel of Death comes down to him and catches him unawares, whereupon regret will be to no avail and there will be no turning back. The danger that witchcraft poses to one's religious commitment is very real and very serious. Allaah has told us in His Book that learning and teaching witchcraft is kufr as He says (interpretation of the meaning):

“They followed what the Shayaateen (devils) gave out (falsely of the magic) in the lifetime of Sulaymaan (Solomon). Sulaymaan did not disbelieve, but the Shayaateen (devils) disbelieved, teaching men magic and such things that came down at Babylon to the two angels, Haaroot and Maaroot, but neither of these two (angels) taught anyone (such things) till they had said, ‘We are for trial, so disbelieve not (by learning this magic from us).’”

[al-Baqarah 2:102]

So learning and teaching witchcraft constitutes kufr or disbelief in Allaah. In al-Saheehayn it is narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Avoid the seven (sins) that doom a person to Hell.” They said: “O Messenger of Allaah, what are they?” He said: “Associating others with Allaah (shirk), witchcraft, killing a soul whom Allaah has forbidden killing, except in cases required by law, consuming riba, consuming the orphan’s wealth, running away from the battlefield, and slandering chaste and innocent believing women.”

These are all sins which will doom a person to Hell, so let this practitioner of witchcraft beware of the wrath and punishment of Allaah, for His punishment is painful and severe. Let him beware of the traps of the Shaytaan who makes this deed appear attractive and makes him think that it is in the interests of the Muslims and a solution to their problems, until he drags him to Hell and causes him to be thrown therein, what a terrible end. Beware, for the matter is very serious, it is the matter of eternal bliss or eternal misery; we seek refuge with Allaah from loss and utter misery.

Thirdly:

Our advice to the sick person who has been bewitched is to be patient and seek reward from Allaah. He should realize that this is a test through which he may raise his status before Allaah if he is patient and seeks reward. Al-Tirmidhi (2396) and Ibn Maajah (4031) narrated from Anas ibn Maalik (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “The greatest reward comes with the greatest trial. When Allaah loves a people He tests them. Whoever accepts that wins His pleasure but whoever is discontent with that earns His wrath.” Classed as hasan by al-Albaani in Saheeh al-Tirmidhi, 2396.

He should depend on Allaah alone and put his trust in Him in all his affairs, as well as following the means prescribed in sharee’ah and the permissible practical means of treating his disease. He should turn to Allaah and beseech Him with du’aa’ at the end of the night, and following each prayer, for Allaah is the One who removes harm and relieves distress. He is merciful to His believing slaves and answers the du’aa’ of the one who is in difficulty.

“Is not He (better than your gods) Who responds to the distressed one, when he calls on Him, and Who removes the evil, and makes you inheritors of the earth, generations after generations? Is there any ilaah (god) with Allaah? Little is that you remember!”

[al-Naml 27:62]

Let him beware of approaching the ways of witchcraft, soothsaying and fortunetelling, for they are a disease and a malady which lead to certain doom. In Saheeh Muslim (2230) it is narrated from one of the wives of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever goes to a fortune teller and asks him about anything, his prayers will not accepted for forty days.” In Musnad al-Imam Ahmad (9252) it is narrated from Abu Hurayrah and al-Hasan (may Allaah be pleased with them) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever goes to a soothsayer or a fortune teller and believes what he says has disbelieved in that which was revealed to Muhammad.” Classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 5939. So let the Muslim beware of asking them about anything or believing them, in obedience to Allaah and His Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him), and so as to protect his religious commitment and his belief (‘aqeedah), and out of fear of the punishment of Allaah, and so as to avoid the things that lead to shirk and kufr, for whoever dies in a state of shirk or kufr will have lost in this world and in the Hereafter, and that is true loss.