Monday 25 June 2012

18 SEBAB JIN SUKA MERASUK MANUSIA




Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani mengatakan "Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,”.

Menurut Ustaz Dasuki ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. 

Lazimnya jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat. “Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya" katanya.

Tambahnya lagi “Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,”.

Menurut Ustaz Dasuki, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Katanya, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Menurut ustaz Dasuki ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati 
        perintah Allah

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti 
    ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam 
      rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut 
      kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur 
      sihir

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya :-

1.  Sukar tidur malam

2. Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja 

3. Perasaan resah tidak menentu.

4. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan 
   seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, 
   dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga 
   dikaitkan dengan gangguan jin.

5. Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan 
    makhluk halus 

6. Malas berzikir dan solat

7. Merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar 
    dikesan oleh doktor.

8. Pening berpanjangan terutama pada waktu senja

9. Otak lemah

10.Tidak sedar diri

11. Telinga berdesing 

12. Mendengar kata-kata suruhan tertentu

No comments:

Post a Comment