Tuesday 26 June 2012

OSMAN KERING DILAPORKAN KRITIKAL AZIZ SATAR STABIL



KUALA LUMPUR : Menurut isteri pelakon dan pelawak Osman Kassim, atau lebih dikenali sebagai Osman Kering 58, tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil.

Osman Kering kini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar,48, berkata .

“Suami saya dirawat di HUKM sejak 11 Jun lalu masuk hari ini sudah 16 hari dan doktor juga mengesahkan suami saya terkena jangkitan paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang,”.

Antara filem yang dibintangi Osman Kering ialah Kantoi, Senario The Movie I, Tentang Bulan dan Man Laksa.

Datuk Aziz Sattar, 87, dan isteri, Datin Hashimah Delan, 54

Sementara keadaan seniman, Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lalu, dilaporkan stabil.

Bagaimanapun Aziz Satar masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat. Beliau kini  ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi  melawatnya di hospital berkenaan bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz.

Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan Sabtu lalu.

Aziz banyak kali diundang membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, antaranya Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi – BERNAMA

No comments:

Post a Comment