Monday 12 December 2011

Orang Yang Terdahulu Memberi Salam Paling Hampir Di Sisi Allah


Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling hampir disisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka) " – Hadith riwayat Abu Daud

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasululllah s.a.w bersabda :

" Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur." – Hadith riwayat Baihaqi

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

" Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai."  -Hadith riwayat Bukhari




No comments:

Post a Comment