Friday 16 December 2011

Cara Rasulullah S.A.W Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga


Cara Rasulullah S.A.W Mengekalkan Keharmonian Rumah Tangga : -

1-Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid

Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut tiba tiba Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah, "kerana saya haid".
Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

2-Menyembur wangian pada bahagian aurat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

3-Mandi bersama sama isteri

Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam satu bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)

4-Menyikat rambut Nabi

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw, ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

5-Meminta isteri meminyakkan badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)

6-Minum bergantian pada tempat yang sama

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

7-Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

8-Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

9-Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas 1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

10-Memberikan hadiah pada isteri

Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya. "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment