Tuesday 13 December 2011

Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W Dari Pandangan Nabi Adam A.S



Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata,

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :

1.  Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w. diterima di
     mana-mana tempat oleh Allah S.W.T

2.  Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T maka Allah
     S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan
     telanjang,  tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian

3.  Ketika aku telah mendurhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan
     isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri
     mereka

4.  Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari
     syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah S.W.T akan dimasukkan ke dalam
     syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment