Sunday 11 December 2011

La Haula Wala Quwwata Illa Billah



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”
(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

Daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T Kemudian Rasulullah S.A.W menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

No comments:

Post a Comment