Tuesday 6 December 2011

Misteri Pembinaan Piramid

Gambar :  Dr Joseph Davidovits

Teknologi dalam pembinaan piramid telah membingungkan para saintis sejak dahulu lagi. Batu-batu besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram itu dilihat mustahil untuk di angkat ke puncak piramid di zamanya. Itu menurut akal manusia.

Tetapi 1400 tahun yang lampau, Allah S.W.T melalui lidah RasulNya  Nabi Muhammad S.A.W, telah  telah memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Firman Allah S.W.T ini telah diwahyukan seratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun dan 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan!


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qasas ayat 38 :

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)


Kenyataan dalam al-Quran ini telah dibuktikan melalui hasil kajian para saintis bertahun-tahun lamanya, iaitu selepas 1400 tahun kemudian!

(1)  Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

(2)  Majalah “Journal of the American Ceramic Society” menyatakan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Campuran tanah liat inilah, menurut mereka, yang dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.

(3)  Kajian oleh Profesor Davidovits yang telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar dan menganalisisnya menggunakan mikroskop elektron membuktikan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur.

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari”. Dipercayai kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Mikroskop elektron mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebab itu sebelum terciptanya mikrospkop elektron para saintis gagal untuk mencari jawapan di sebalik rahsia pembinaan piramid termasuk seorang saintis Belgium, Guy Demortier. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Hasil kajian ini ini sekaligus mengesahkan bahawa bangunan-bangunan mega zaman purba, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu adalah dibina dari tanah liat sepertimana yang telah Allah S.W.T tunjukkan di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah menjejak kakinya ke Mesir, malah tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya.

Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid.

Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Allah S.W.T telah menceritakan hal ini melalui lidah nabiNya, Nabi Muhammad S.A.W. Allah S.W.T yang sama yang telah menciptakan Firaun, juga yang menenggelamkan Firaun kemudiannya dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa dari Firaun. Dan Dia juga yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya dan membuktikan bahawa al-Quran adalah mukjizat  yang paling agung yang Allah S.W.T pernah kurniakan kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya.

No comments:

Post a Comment