Friday 16 December 2011

Iblis Pecah Apabila Orang Islam Memberi Salam


Sabda Rasulullah saw : "Wahai Iblis, apakah tindakan kamu apabila umatku memberi salam kepada lainnya?"

Berkata Iblis : "Ya nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu di jalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah.

Islam menggalakkan kepada setiap umatnya supaya memberi salam dan menyebarkan salam antara satu dengan yang lain apabila bertemu, ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a :

Maksudnya : "Hak dan kewajipan seorang muslim yang lain ada enam. Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam kepadanya dan seterusnya".

Di dalam al-Quran ada diterangkan oleh Allah swt bahawa salam itu ialah satu do'a dan menjadi syarat utama meminta keizinan untuk sesuatu tugas ziarah antara satu dengan lain. Ini adalah supaya terpelihara silaturrahim dan sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt.

Firman Allah swt : Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah yang bukan rumah-rumahmu, melainkan sesudah kamu meminta izin dan kamu memberi salam kepada penghuninya". (Surah an-Nur ayat 27).

Firman Allah swt : Tafsirnya : "Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sabagai penghormatan yang berkat, lagi baik di sisi Allah swt". (Surah an-Nur ayat 61).

Hadith Rasulullah saw : Maksudnya : "Kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu supaya saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a)

No comments:

Post a Comment