Sunday 11 December 2011
Sultan Muhammad Al-Fatih
Kata terbitan "al-fath" seperti Surah al Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar"
Muhammad II juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mengambil berat kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Kepakaran baginda bukan saja dalam bidang ketenteraan malah baginda juga menguasai ilmu sains, matematik dan fasih enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.
Belaiu seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al- Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Sayangnya baginda memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa yang singkat, dari tahun 1444 ke 1446 dan kali keduanya dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine. Baginda meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze.
Sifat-sifat baginda dan tenteranya telah awal-awal diterangkan oleh Rasulullah S.A.W :
“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja
dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. ”
Kelebihan Muhammad al-Fatih
Mengikut sejarah seorang sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As- Siddiq.
Baginda juga berjaya menakluk Constantinople dan menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda telah menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama
tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib
sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh.
Baginda Sultan Muhammad Al Fatih sendiri tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment