Saturday, 3 December 2011

Kesilapan - Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak.



Pengabaian didikan agama merupakan kesilapan dan kegagalan terbesar dalam pendidikan anak-anak. Sepatutnya agama dijadikan sebagai teras dalam pendidikan anak-anak untuk mencapai keseimbangan antara fizikal dan spiritual dalam membantu pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

- Mendidik Tanpa Belas Ihsan. -

Terdapat anak-anak yang di'didik' dengan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga dimaki hamun, dihina, dipukul dan dibelasah. 'Penderaan' daripada ibu bapanya sendiri ini menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah.

- Bagi mereka "Rumahku Nerakaku" -

Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal. Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah S.W.T :

Allah S.W.T befirman yg bermsksud "Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." [Surah an-Nahl:90]

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." - [Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi.]

- Terlalu Memanjakan Anak-Anak. -

Ada ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan keberatan untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal di didik dangan teratur dan berprinsip.

No comments:

Post a Comment