Saturday 3 December 2011

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN



Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau isteri , bapa atau ibu.

Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya, nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan nafkah iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.

Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah dan sebagainya.


7. CARA MEMILIH JODOH

Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang berugama.

Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana keturunannya. Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang memilih kerana ugamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang berugama, kerana yang mempunyai pegangan ugama yang kukuh menjamin kebahgiaan yang sejati.

Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai ugama tidak menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan kesulitan.

oleh : Haji Othman Haji Ahmad
Pegawai Dakwah JHEUIK (Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan)

Sumber : epondok

2 comments:

  1. Terima kasih infonya, tips yang sangant berguna untuk pasangan yang ingin ber kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali, Encik Mohd Hanif, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

      Delete