Thursday, 1 December 2011
Jangan Dengki
Dengki dan irihati adalah dosa yang pertama dilakukan iblis kerana enggan tunduk kepada Adam A.S. Lantaran itu ia dikutuk Allah SWT. Dengki juga dosa yang pertama dilalukan di bumi apabila Qabil membunuh Habil kerana iri hati melihat korban Habil diterima Allah SWT.
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Falaq [113] ayat 5, mengingatkan kita umat Nabi Muhammad S.A.W agar berdoa memohon perlindungan kepadaNya dari kejahatan orang yang berhasad dengki.
Selain itu Allah berfirman dalam surah An Nisa’ ayat 32 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar“. (HR. Abu Daud -Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
Sabda Rasulullah SAW lainnya yang bermaksud :
“Janganlah kamu sekalian saling menghasut, saling membenci,saling membukakan aib, saling menipu dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra.).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment