Friday 17 February 2012

Masjid ada di semua negeri di China

Masjid ada di semua negeri di China

Tahukah anda bahawa 35,000 masjid di serata negara China. Di ibu kota Beijing saja terdapat 64 masjid.


Antara masjid paling tua ialah di Guangzhou, selatan China yang dibina pada abad ketujuh. Menurut banci 1990, jumlah warga Islam China lebih 17 juta, tetapi punca-punca lain menyebut jumlah mereka sebenarnya antara 30 hingga 50 juta.

Menurut laporan Wikipedia, agama Islam tiba di negara China melalui seorang yang dihantar oleh Saidina Othman. Perkampungan Islam pertama wujud terdiri dari warga Arab dan para peniaga Parsi.
Warga Islam menduduki pelbagai wilayah. Sebilangan kemudiannya menunaikan fardu haji antara abad ke-15 hingga abad ke-18. Bilangan mereka meningkat hingga 10,700 pada tahun 2007.

Menurut laporan pada bulan April 2001, kerajaan menubuhkan Persatuan Islam China untuk membantu menggalakkan pelajaran membaca al-Quran”. Ia dikendalikan oleh 16 pemimpin Islam yang ditugas mengawasi pelaksanaan syariah-syariah Islam.

Antara keistimewaan yang diluluskan bagi warga Islam ialah yang berikut:

- Di daerah-daerah yang warga Islam majoriti, pemeliharaan babi tidak diizinkan.

- Tanah-tanah perkuburan khas bagi warga Islam.

- Perkahwinan melalui imam dan cuti bagi para pekerja pada hari-hari kebesaran Islam.

- Izin untuk menunaikan haji ke Makkah.

Dalam pada itu banyak restoran mengadakan hidangan makanan halal. Dalam bahasa Cina terjemahan perkataan halal ialah qingzhen cai.

Semua negeri-negeri di China telah mempunyai masjid yang telah dibina. Berikut adalah negeri-negeri di China :-

* Anhui (安徽)* Fujian (福建)* Gansu (甘肃)* Guangdong (广东)* Guizhou (贵州)* Hainan (海南)* Hebei (河北)* Heilongjiang (黑龙江)* Henan (河南)* Hubei (湖北)* Hunan (湖南)* Jiangsu (江苏)* Jiangxi (江西)* Jilin (吉林)* Liaoning (辽宁)* Qinghai (青海)* Shaanxi (陕西)* Shandong (山东)* Shanxi (山西)* Sichuan (四川)* Yunnan (云南)* Zhejiang (浙江)


Masjid di Guizhou



Masjid di Heilongjiang



Masjid di Hainan



Masjid di Henan



Masjid di Fujian



Masjid di Hebei



Masjid di Anhui



Masjid di Gansu



Masjid di Guangdong



No comments:

Post a Comment