Bahan-bahannya :
10 ekor udang
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula
Caranya :
1. Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya.
2. Tumbuk cili kering, cili hidup, kunyit hidup, serai, belacan dan bawang merah hingga lumat.
3. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan.
4. Angkat udangnya terlebih dahulu. Masukkan nanas dan sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik. Angkat dan hidangkan.
sumber : Malaysia Top Bloggers
No comments:
Post a Comment