Showing posts with label LUAR BIASA. Show all posts
Showing posts with label LUAR BIASA. Show all posts

Sunday, 2 September 2012

GANGNAM STYLE





Siapa sangka hanya kerana sebuah lagu yang beliau muat turun di laman Youtube, nama pemuda berbadan gempal yang dulunya tidak 'dipandang' di Korea Selatan ini tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. 

Siapa sangka video tersebut bagaikain 'virus' muzik 2012 telah  mengubah beliau menjadi seorang superstar.

Yang mengkagumkan Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban, Nelly Furtado dan lain-lain bintang ternama menyukai lagu tersebut.

Psy atau nama penuhnya Jae-Sang Park, 34 tahun, tidak menyangka lagunya yang mengandungi lirik penuh berbahasa Korea itu akan naik mendadak sehingga meraih lebih 70 juta tontonan dan menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes.

Lagu ini menceritakan sebuah daerah di Korea Selatan bernama Gangnam District yang terkenal dengan gaya hidup mewah dan rekaan fesyen terbaru sehingga menjadi trendsetter rakyat di bandar metropolitan itu.





TIDAK TIDUR SEJAK 39 TAHUN LALU

Thai Ngoc dan isteri, Nguyen Thi Bay


Quang Nam, Vietnam.

Thai Ngok atau Hai Ngoc, berasal dari Quang Nam, Vietnam, tidak pernah tidur, walaupun untuk satu minit, sejak demam pada tahun 1973.

Yang mengkagumkan, kehidupan Ngoc adalah seperti manusia normal yang lain dan jarang sakit. Malah mental Ngoc sihat dan badannya tidak pernah letih walaupun beliau bekerja siang malam.

Ngoc menceritakan kisahnya ini pada tahun 2006 ketika usianya 64 tahun. Tetapi pada masa itu Ngoc mampu memikul guni baja seberat lebih dari 50 kilogram melalui jalan sepanjang 4 kilometer dari rumahnya setiap hari.

Pada tahun 2010, Ngoc diakui sebagai satu-satunya orang Vietnam yang dipilih oleh majalah asing sebagai orang yang luar biasa.

“Tidur atau tidak sama saja. Saya akan bekerja pada siang atau malam,” katanya.

Ngoc menjaga kebunnya di waktu malam. Beliau mampu mengorek serta membesarkan dua kolam ikan yang terletak di kebunnya itu dalam jangka masa tiga bulan.

Ngoc pernah ditawarkan untuk menjalani rawatan di luar negara tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut dengan alasan dia tidak pernah meninggalkan kampungnya sejak 60 tahun lalu.

Ngoc, yang mempunyai seorang isteri dan enam orang anak itu, mengaku takut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepadanya itu.

Isteri Ngoc, Nguyen Thi Bay menyatakan “Suami saya dulu boleh tidur dengan baik, tetapi sekarang minuman keras pun tidak boleh membantunya untuk tertidur,”