Showing posts with label PENDAKWAH MALAYSIA INFO. Show all posts
Showing posts with label PENDAKWAH MALAYSIA INFO. Show all posts

Wednesday, 5 September 2012

ISTERI USTAZ DON DANIAL

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, dan isteri, Husna Mohd Zahry, 24
telah dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sg Pinang Balik Pulau 
oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya 



Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik  dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir. 

Jom kita layan gambar-gambar Majlis Resepsi sebelah pengantin lelaki yang telah diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis 






BIODATA RINGKAS USTAZ KAZIM ELLIAS



Nama Penuh  : Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz 

Kerjaya  :  Pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. 

-  Atas sambutan orang   ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada   orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. 

-  Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

-  Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, hasil dari sumbangan wakaf orang ramai, beliau telah mambangunkan sebuah pusat pendidikan yang diberi nama Pusat Pendidikan Al-Barakah yang pertama pada tahun 2004 di tanah lot beralamat   61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak ( ** tanah dibeli dengan harga RM45,000 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh ) 



INSAN ISTIMEWA YANG MELAHIR DAN MEMBESARKAN USTAZ DON DANIAL DON BIYAJID

Keluarga bahagia, Ustaz Don Danial Don Biyajid


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau 
                  Pinang & Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad 
                    Qiraat Shoubra, Mesir


Ibu dan ayah Ustaz Don memang romatis, lihat sahaja dalam gambar di atas, pandangan mata ayah Ustaz Don ke wajah isterinya sambil kedua tangannya menggenggam erat tangan isteri tersayang.


Prof. Muhaya dalam komennya di bawah menceritakan dua insan istimewa ini : 

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? 

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ...bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. 

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"





Tuesday, 4 September 2012

KELUARGA USTAZ AZHAR IDRUS

Keluarga besar Ustaz Azhar Indrus

* (Bayi lelakinya (anak isteri kedua) yang lahir pada 29 Ogos 2012 tidak ada dalam gambar di atas)



Isteri pertama Ustaz Azhar, Rogayah Binti sulong, 42 tahun (kiri) dan isteri kedua, Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor, 26 tahun (kanan)





Ustaz Azhar dan isteri, Rogayah bt Sulong, serta 6 orang anak-anak mereka




Bayi comel yang dilahirkan pada 29 Ogos 2012 ini adalah anak ke-8 Ustaz Azhar Idrus yang ke-8 (anak ke-2 dengan isteri keduanya, Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor)


Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama dan 2 anak dengan isteri yang kedua. 


Pendidikan UAI :
-  Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga 
   Tingkatan 6.
-  Institut Berakan, Terengganu

Kerjaya UAI :
-  Bekerja Di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur
-  Di Utusan Malaysia di Terengganu sebelum meletak jawatan
    jawatan kerana untuk menghadari kuliah2 agama.
-  Mulai belajar agama sekitar tahun 1990
-  Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru 
   dalam tempoh 12 tahun.



Ustaz Azhar dan isteri




Antara anak-anak Ustaz Azhar, Mukmin dan Rashdan



Antara Sumber :  


Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Facebook Aswan Asyikin