Showing posts with label Religion - DUA AND SURAH. Show all posts
Showing posts with label Religion - DUA AND SURAH. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR




Surah paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah. Surah ini bermaksud sungai di syurga. 

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ianya diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Fadhilat Surah Al-Kautsar :-

1) Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




ENTRI-ENTRI BERKAITAN :

FADHILAT AYAT KURSI


DOA AGAR DITETAPKAN HATI


HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL


Doa Menjinakkan Binatang Kesayangan


Doa Segala Penawar Penyakit


SYAFAAT SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN


DUA FOR HUSBAND WIFE LOVE


BARAKAH DENGAN BASMILLAH


BERDOA UNTUK SAUDARA MUKMIN TANPA PENGETAHUANNYA


DOA ASIAH


DOA NURBUAT (NURUL NURBUWAH


DOA SELEPAS SOLAT


Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG


Ikhtiar Menghalau Tikus


Tip menghilangkan mengantuk semasa memandu


DOA AGAR DIMURAHKAN REZEKI


Doa Agar Hati Kita Lembut, Terbuka & Terang 


Doa Mengelak Dari Cengkaman Hutang & Ditindas Orang


Doa Pendinding & Pantulan Sihir Kepada Si penghantar


DOA SEHARIAN ( untuk anak-anak khasnya)


DOA, SURAH DAN HADIS BERKAITAN TATACARA TIDUR

FADHILAT AYAT KURSI



Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

Tuesday, 29 May 2012

DOA AGAR DITETAPKAN HATI


HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL




Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Mari lazimkan membaca kalimah ini,

"  hasbunallahu wani’ mal wakil  "

Tuesday, 24 April 2012

Doa Segala Penawar Penyakit

DOA SEGALA PENAWAR PENYAKIT





Terjemahan Doa Bismillah Tujuh

1.   Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

2.   Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak adasesuatu pun
      sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.

3.   Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak adasesuatu pun
      sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.

4.   Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha
      bijaksana.

5.   Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha
      berkuasa.

6.   Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatupun sepertinya, dan
      Dia maha perkasa lagi maha mulia

7.   Dengan namaAllah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatupun
      sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.


Terdapat pelbagai pendapat serta pengalaman berkenaan beberepa kelebihan setelah mengamalkan Bismillh Tujuh ini.

Untuk kategori umum sebagai amalan Bismillah Tujuh ini sesuai digunakan untuk :-

1. Menawarkan racun atau sengatan berbisa binatang seperti kala jengkig

2. Menawarkan santau dan seumpamanya.

3. Biasa digunakan juga dalam usaha rawatan gangguan jin dan syaitan.

4.  Dibaca ketika makan ubat

5.  Dibaca ketika hendak minum atau menjamah makanan agar dengan izin Allah apa yang kita makan
     tidak akan memudaratkan kita, agar menjadi penawar untuk penyakit kita






DOA PENDINDING DAN PENGGERAK








DOA MOHON KESEMBUHAN DARI PENYAKIT 








AYAT-AYAT SYIFA



AYAT-AYAT SYIFA




DOA SAKIT KEPALA




DOA UNTUK RAWATAN KENCING MANIS DAN PENYAKIT KRONIK





SELAWAT SYIFA ATAU SELAWAT PENYEMBUH









Semuga bermanfaat untuk kita semua. Insya Allah.

Thursday, 1 December 2011

SYAFAAT SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN


Kelebihan-Kelebihan al-Qur'an :

i.  Al-Qur'an merupakan kalam Allah

ii. Membaca al-Qur'an merupakan satu ibadah yang pahalanya amat besar selain memberikan syafaat di
    hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Qur'an, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

Khasiat dan Kelebihan surah-surah dalam al-Quran :

1.  Khasiat dan Kelebihan Surah Al-Kahfli (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,

i.    maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.

ii.   Untuknya cahaya di hari kiamat

iii. dan diampunkannya antara dua Jumaat”


2.  Khasiat dan Kelebihan Surah As-Sajdah (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:”Adalah Nabi s.a.w. tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca Surah As-Sajdah,

i.   pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar

ii.  dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya

iii. serta mendapat ilmu yang benar.


3. Khasiat dan Kelebihan Surah Yassin(surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)

Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran :

i.    diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat
ii.    dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah s.w.t yang tersusun di dalam
      surah Al-Baqarah
iii.  dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

Kelebihan, Fadhilat Dan Keberkatan Surah Yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,”Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi”.

Sabda Rasulullah SAW “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,”Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, “Sesiapa yang membaca surah Yasin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati.”

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman).

Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku,” Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"

Kelebihan dan khasiat Surah Yassin :

1. Boleh mengenyangkan apabila orang lapar membaca surah Yaasin.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan memudahkan perjalanannya pergi dan balik.

7. Jika tersesat akan kembali dengan selamat.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, akan membantu menyembuh atau meringankan sakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik."


4.  Khasiat dan Kelebihan Surah Ad-Dhukan (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)

Daripada abi Hurairah r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.


5.  Khasiat dan Kelebihan Surah Al-Waqiah (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)

Rasulullah s.a.w bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqi’ah

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Kelebihan dan khasiat Surah Al-Waqiah :

Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)


6.  Khasiat dan Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab Neraka.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Dalam satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia, seorang yang kacak akan :

i.    Datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu apabila mayat itu dikafankan

ii.   Berdiri di bahagian kepalanya ketika keluarganya sibuk melakukan upacara
      pengkebumian

iii. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita
      akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk
      memisahkan orang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai
      iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

      Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
      meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah
      tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya
      masuk ke Syurga!”

      Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran
      yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan
      kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
      Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”

      Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
      hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari Syurga.



7.  Khasiat dan Kelebihan Ayat Kursi  :  Pendinding Diri, Keluarga dan Harta Benda

Makna atau terjemahan Ayatul Kursi :

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

Cara mengamalkannya :

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri : selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah : baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..



8.  Khasiat dan Kelebihan Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)


9.   Khasiat dan Kelebihan Al-Muawwizat - Pendinding atau pelindung diri iaitu : -


1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

Caranya :

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari —





10.  Khasiat dan Kelebihan Surah Yusuf :

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39تُ

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)

Jika dibaca setia kali bertemu dengan suami/istri/pacar atau siapa saja yang kita kehendaki bacalah kedua ayat tersebut di hadapannya. Tentu saja baca dalam hati saja Insya Allah Anda akan mendapatkan kesan yang baik dari mereka. Jika ingin disayang dalam masyarakat, bacalah kedua ayat ini sehabis sholat sebanyak 3 kali. Wallahualam.



Soalan Manusia di Jawab Oleh Al-Quran

1. Kenapa aku diuji?

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

2.  Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

3.  Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

4.  Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

5.  Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

6.  Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)

7.  Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah ayat 111)

8.  Aku tak tahan dengan ujian ini!

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 12)

9.  Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)



DUA FOR HUSBAND WIFE LOVE



Dua for husband wife love from Quran :

And those who say, “Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous.”

[Holy Quran-25:74]



DOA KASIH SAYANG DIBACA OLEH SUAMI




DOA KASIH SAYANG DIBACA OLEH ISTERI





DOA AGAR DIKASIHI KELUARGA, RAKAN DAN SAUDARA-MARA






BARAKAH DENGAN BASMILLAH

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.

Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail.

2. “BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam.” (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari.”

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,”Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya.”

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya:

“Rasulullah SAW bersabda kepadaku:

“Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu.”
(Muttafaq ‘alaih)

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya:

“Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ‘Bismillahi awwalahu wa akhirahu.’

Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda:

“Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. "
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)




Seperti mana biasa, kuliah subuh di Surau al-Falah Kuaters ILMI dipenuhi dengan Kuliah tafsir oleh Kapt Razali che Jaafar dan tafsiran masih lagi dalam surah al-Baqarah. Menyentuh kuliah tafsir yang disebutkan itu, saya teringat dengan tafsiran yang telah dibuat oleh M Quraish Sihab dalam bukunya Lentera al-Quran (2008), yang mengupas tentang ayat Bismilahirrahmanirrahim. Menurut beliau saranan untuk membaca ‘basmalah’ itu bukan sekadar untuk mendapatkan ‘barakah’ tetapi juga perlu bagi kita untuk menghayati maknanya sehingga dapat melahirkan sikap dan pemikiran yang positif.

Perkataan ‘bi’ yang diterjemahkan oleh para ulama sebagai ‘dengan’ dapat dikaitkan dengan ‘memulakan’. Ini bermaksud para pengucap basmallah pada haikikatnya berkata’ Dengan nama Allah saya memulakan pekerjaan ini’ . Apabila kita memulakan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan nama Allah , maka pekerjaan atau amalan itu tidak akan mengakibatkan kerugian pada pihak lain. Ini adalah kerana pada ketika itu kita telah membentengi diri kita dari godaan nafsu serta melakuan dengan niat kepentingan umum dan tidak diri kita semata-mata.

Menurut Quraish Sihab lagi, perkata ‘bi’ juga dikaitkan dengan ‘ kekuasaan dan pertolongan’ sehingga orang yang menyebut basmallah menyedari bahawa pekerjaan atau perbuatan yang dilakukan terlaksana atas bantuan dan pertolongan (kudrat) Allah. Pengucapan juga secara tidak langsung memohon bantuan Allah semoga pekerjaan, amalan atau perbuatan yang dilakukan itu dapat diselesaikan dengan sempurna baik dan berjaya. Dengan perasaan ini, kita sebagai hamba Allah akan merasai kelemahan kita di sisi Allah dan di waktu yang sama, tertanam dalam jiwa, perasaan dan sikap kekuatan, percaya kepada diri sendiri, optimistik kerana berasa ada kekuatan yang dibantu oleh Allah swt. Ini seperti mana yang kita sama maklumi terdapat dua sifat kesempurnaan yang telah disebutkan oleh Allah iatu Ar-rahman dan Ar-rahim. Ar-rahman adalah curahan rahmat Allah Kepada manusia seluruhnya di dunia ini ( sama ada Islam atau kafir) sedangkan Ar-rahim adalah curahan rahmat Allah kepada mereka yang beriman pada hari akhirat kelak.

Oleh yang demikian, saranan M Quraish Sihab dalam konteks membaca dan menulis, disarankan untuk mengucap atau melafazkan basmalah ketika hendak menulis, semoga apa yang ditulis itu akan menjadi indah dan benar. Kasih sayang akan tercurah di atas kertas atau skrin dan semoga tulisan terhindar dari perkataan sia-sia serta mendapat keberkatan Allah swt. Selamat membaca dan menulis.

Sumber : Burhanuddin Abdul Jalal at 9:41 AM

BERDOA UNTUK SAUDARA MUKMIN TANPA PENGETAHUANNYA



Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadith menyebut tentang galakan berdoa.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55).

Manakala di antara petikan hadith yang menggalakkan amalan berdoa ialah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa itu ialah ibadat.” (Riwayat Bukhari).

Hadith lain ialah Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat, “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Justeru itu, pelbagai doa diajar oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan sepanjang kehidupan manusia seawal bangun daripada tidur sehinggalah waktu untuk tidur semula. Begitu juga bacaan doa dalam menghadapi apa jua cabaran dan ujian hidup seseorang muslim dalam kehidupannya. Semua itu adalah benteng kekuatan individu itu sendiri melayari bahtera kehidupan sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Semoga setiap doa yang dipanjatkan akan dapat mengatasi segala permasalahan hidup dihadapi oleh setiap manusia.

Namun begitu Islam tidak hanya mengajar penyelesaian masalah secara bersendirian. Dalam konteks berdoa ini amat dianjurkan kepada individu muslim di samping berdoa untuk dirinya sendiri, berdoa untuk kesejahteraan orang lain juga sebagai tanda kesatuan ummah yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Semangat bantu membantu sesama muslim perlu dilaksanakan secara kolektif. Dalam sesebuah masyarakat, jika mampu menghulurkan bantuan menggunakan tenaga atau wang ringgit amatlah digalakkan, malah dalam suasana dunia yang kini tiada sempadannya, sumbangan tersebut masih tetap terlaksana. Justeru, jika tiada upaya menghulurkan bantuan dalam bentuk fizikal, maka di sinilah letaknya peranan doa sebagai salah satu jalan menyelesaikan permasalahan kaum muslimin lain walau dalam jarak yang teramat jauh.

Ini menjelaskan lagi nilai kesejagatan Islam yang tidak membatasi sempadan benua, warna kulit, bahasa pertuturan, budaya mahupun corak kehidupan. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, “barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka”.

Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu cara membantu orang Islam lain yang ditimpa kesusahan adalah dengan cara mendoakan kesejahteraan walaupun tanpa pengetahuan mereka. Amalan ini memang ada sandaran nas atau dalilnya.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, “dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).

Ayat ini menjelaskan tentang doa orang Muhajirin dan Ansar kepada saudara mereka yang terlebih dahulu beriman daripada mereka menunjukkan bahawa amalan berdoa kepada orang yang telah meninggal dunia adalah dibenarkan kerana jika ia dilarang sudah pasti ayat tersebut tidak termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Maka apabila doa tersebut dibolehkan, maka apatah lagi jika doa itu datangnya dari seorang anak yang soleh buat arwah kedua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia sudah pasti ianya dibenarkan juga.

Dalam satu ayat Al-Quran, Allah menukilkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim yang bermaksud, “ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku, kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim: 41).

Manakala dalam ayat yang lain, Allah menukilkan pula doa Nabi Nuh yang bermaksud : “Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan, dan janganlah Engkau tambahkan lagi bagi orang-orang yang zalim itu selain dari kebinasaan.” (Nuh : 28).

Semua ayat yang dinyatakan di atas adalah contoh perbuatan mulia mendoakan kesejahteraan serta keampunan orang mukmin yang lain secara tidak berdepan dengan mereka, dalam keadaan orang yang didoakan itu tidak mengetahui doa itu dipanjatkan oleh orang lain untuknya.

Manakala petikan daripada hadith pula, daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Berdasarkan pernyataan jelas dan terang daripada dalil naqli di atas menunjukkan bahawa doa bukanlah sebarang amal individu semata-mata tetapi ada kaitannya dengan kelangsungan hidup bersama saudara mukmin yang lain. Selain menjadi penghubung melalui komunikasi langsung hamba kepada Khaliqnya, tetapi ia juga penghubung silaturrahim di antara sesama muslim yang lain.

Inilah cantiknya Islam yang melangkaui batasan sempadan ras mahupun warna kulit dan keturunan serta perbezaan bahasa. Tidak semata-mata mutlak mendoakan orang yang dikenali, malah merentasi sempadan yang lebih global walau tanpa perkenalan secara formal, namun ia dihubungkan oleh Allah melalui ukhuwwah Islamiyyah dan yang menjadi terasnya ialah kesatuan akidah dan satu pegangan.

Justeru apabila diketahui sifat doa itu sebagai satu kaedah melepaskan bebanan dan kesengsaraan orang mukmin yang lain, sewajarnyalah rutin ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu kesusahan hidup manusia lain yang mungkin tidak mampu dibantu melalui sumbangan wang ringgit dan tenaga, tetapi cukuplah doa sebagai senjata, sekurang-kurangnya ia adalah tanda solidariti kemanusiaan sejagat.

Amat tepatlah firman Allah SWT dan pernyataan sabdaan Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa orang mukmin itu bersaudara, saling kasih mengasihi antara satu sama lain, malah diibaratkan mereka itu seumpama satu jasad yang apabila sakit satu jasad, pasti anggota badan yang lain merasai sakitnya.

Sehubungan dengan itu juga, amat tidak wajar setiap individu muslim hanya mementingkan keadaan dirinya sahaja tanpa memikirkan nasib orang lain, walaupun saudaranya itu telah meninggal dunia. Hujah ini jugalah yang dipegang dalam membenarkan amalan bacaan doa kepada orang yang telah meninggal dunia dari sudut wajarnya bacaan doa itu dipanjatkan. Jika tidak masakan adanya sunah bacaan doa kepada orang mukmin yang telah meninggal dunia dalam solat jenazah.

Dalam mengerjakan solat jenazah, selepas takbir ketiga doa dibacakan untuk memohon kebaikan kepada si mati. Antara doa yang selalu dibaca ialah doa yang bermaksud : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan jauhilah dia daripada bala, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya (kubur), bersihkanlah dia dengan air, air salji dan air embun, bersihkanlah dia daripada dosa-dosanya seumpama baju putih yang bersih dari kotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada azab kubur dan siksa api neraka,” (Riwayat Muslim)

Dalam solat jenazah, Nabi SAW juga pernah memboca doa yang bermaksud : “Ya Allah, ampunilah orang-orang yang masih hidup dari kalangan kami yang sudah meninggal dunia, yang hadir mahupun yang ghaib, yang kecil mahupun yang besar, yang lelaki mahupun perempuan. Ya Allah, sesiapa di antara kami yang masih hidup ini, hidupkanlah dia dalam agama Islam dan sesiapa dari kalangan kami yang engkau matikan, maka matikanlah dia dalam iman.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud : “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).

Apabila melalui tanah perkuburan, Nabi SAW mengajar umatnya berdoa memohon keampunan dan kesejahteraan buat ahli kubur. Antara doa yang diajar oleh Baginda ialah : “Salam atasmu wahai penduduk kampung daripada golongan mukminin dan muslimin, kami Insya-Allah akan mengikuti kamu. Kamu adalah pelopor kami dan kami akan menjadi pengikut kamu dan kami memohon kepada Allah agar kami dan kamu juga dilimpahi keselamatan oleh Allah.” (Riwayat Muslim).

Nabi juga pernah berdoa dengan doa ini : “Salam sejahtera ke atas mu wahai ahli kubur, semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu, kamu adalah golongan perintis dan kami akan menuruti jejakmu.” (Riwayat Tirmidzi).

Berdasarkan kepada fakta yang telah dinyatakan, didapati bahawa doa-doa tersebut dibacakan buat mereka yang telah meninggal dunia dan menjadi bukti bahawa amalan tersebut ada manfaatnya kepada si mati. Jika tidak mendatangkan apa-apa manfaat sudah pasti Nabi SAW tidak menganjurkan perbuatan tersebut untuk dilakukan oleh orang-orang Islam. Doa yang dibaca oleh Nabi SAW adalah untuk membantu meringankan kesusahan dan kesengsaraan ahli kubur di alam barzakh. Dalam hal ini, Rasulullah SAW melakukannya bererti perbuatan ini bukanlah sia-sia, tetapi datang dari wahyu Allah sendiri.

Sebagai kesimpulan, indahnya ajaran Islam bukan sekadar amalan-amalan yang dilakukan secara fardi (untuk individu itu sendiri), tetapi mencakupi amalan secara jamaie (kolektif) supaya kerukunan dalam masyarakat dapat dijalinkan berlandaskan ajaran syariat supaya hidup sentiasa dalam keberkatan-Nya.


Oleh : Mohd Kamel bin Mat Salleh,
Pusat Pemurnian Akidah, Jakim
(Majalah Cahaya Keluaran September-Oktober 2008)

DOA ASIAH


Tulisan ini membawa kalimah bermakna.

Kalimah yang di abadikan di dalam al-Quran agar terus diingat sepanjang masa.

Kalimah yang keluar dari mulut seorang perempuan yang hatinya telah diliputi keimanan.

Perempuan itu berdiri sambil berseru tanpa menghiraukan kemilau dunia yang fana.

Dia berkata dengan bahasa sikap dan ucapannya, "Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga."

Sungguh, tidak ada lagi tempat bagi dunia dalam hatinya.

Maha Suci Allah, seluruh hati perempuan itu dipenuhi dengan cinta kepada Tuhannya!

Di atas jalan Tuhannya, perempuan itu tetap bertahan sekalipun sering ditimpa seksaan yang bertubi-tubi.

Di atas jalan kebenaran, perempuan itu tetap berpijak, langsung tidak beralih sekalipun sering dilontar cacian hina.

Kalian yang membaca,

Perempuan yang saya maksudkan ialah Asiah, isteri Firaun.

Seorang isteri yang tidak dicintai oleh suaminya.

Tetapi, sangat dikasihi oleh pemilik hatinya, Allah S.W.T.

Istimewanya Asiah, doanya diabadikan di dalam al-Quran:

"Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga." (at-Tahrim:11)


Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

"Antara keutamaan Asiah, isteri Firaun, adalah dia lebih memilih mati dan diseksa di dunia daripada memperoleh kesenangan yang telah didapatkannya sebagai isteri Firaun." (Fathul Bari, 6/516)


Ibn Kathir pula berkata:


"Dengan sanadnya, Ibn Jarir meriwayatkan dari Sulaiman at-Taimi, bahawa isteri Firaun sering diseksa di bawah terik sinar matahari. Dia diseksa oleh suaminya, namun apabila Firaun meninggalkannya setelah menempatkan Asiah di bawah terik sinar mentari, para Malaikat terus menaungi Asiah dengan sayap-sayap mereka, lalu Asiah dapat melihat rumahnya di dalam syurga." (Tafsir Ibn Kathir, 4/394)


Mulianya isteri Firaun, Allah S.W.T menyebutnya di dalam al-Quran:

"Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."


Alangkah bahagianya Asiah, doanya dimakbulkan Allah S.W.T.

Pahit maung seksaan yang menimpanya menjadi manis setiap kali melihat rumahnya di syurga.

Allahu Akbar!

Ya Allah, jadikan kami wanita yang langsung tidak silau dengan kemilau dunia, fatamorgana yang menipu manusia

sumber : iluvislam.com

DOA NURBUAT (NURUL NURBUWAH


Doa Nurbuat (Nurul Nurbuwah) merupakan satu-satunya doa yang memiliki banyak khasiat, tentu saja bila diamalkan dengan hati yang benar-benar ihklas karena Allah.

Dikisahkan bahwa Rasulullah setelah sholat subuh duduk di masjid bersama para sahabat. Kemudian datanglah malaikat Jibril membawa doa Nurbuat seraya berkata: “Aku diutus oleh Allah membawa doa Nurbuat untuk diserahkan kepadamu (Rasulullah).”

Doa Nurbuat:

Bismillaahir rohmaanir rohiim. Allahumma dhisshulthanil adziim. Wa dzil mannil qadim wa dzil wajhil kariim wa waliyyil kalimaatit tammaati wad da’awaati mustajaabati ‘aaqilil hasani wal husaini min anfusil haqqi ‘ainil qudrati wannaazhirinna wa ‘ainil insi wal jinni wa in yakadul ladzinna kafaruu la yuzliquunaka bi-abshaarihim lamma sami’udz dzikra wa yaquuluuna innahu lamajnuun wa maa huwa illa dzikrul lil ‘aalamiin wa mustajaabu luqmanil hakiimi wa waritsa sulaimaanu daawuda ‘alaihis salaamu al waduudu dzul ‘arsyil majiid thawwil ‘umrii wa shahhih ajsadii waqdli haajatii waktsir amwaalii wa aulaadii wa habbib linnaasi ajma’in. Watabaa ‘adil ‘adaa wata kullahaa min banii aadama ‘alaihis salaamu man kaana hayya wa yahiqqal baathilu innal baathila kaana zahuuqaa. Wa nunazzilu minal qur’aani maa huwa syifaa-uw wa rahmatul lil mu’miniina. Subhaana rabbika rabbil ‘izzati ‘ammmaa yashifuuna wa salaamun ‘alal murshaliina wal hamdu lillahi rabbil ‘aalamiin.

Artinya: (terjemahan bebasnya)

“Ya Allah robb yang memiliki kekuatan yang agung, yang memiliki kemauan yang abadi dan yang memiliki wajah yang mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimat-nya serta pengabul do’a-do’a, kecerdasan hasan dan husein dari jiwa yang benar, pelindung indra mereka yang melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata, sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yang mengabulkan do’a luqmanul hakim dan mewariskan sulaiman bin daud a.s. Ya allah robb yang maha penuh kasih, ya allah, ya allah, ya allah robb yang memiliki singgasana yang agung, yang dapat berbuat apa yang diinginkan, maka panjangkanlah umurku dan sehatkanlah tubuhku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu adam a.s. Allah yang hidup dan perkataan itu benar atas orang-orang kafir. Dan katakanlah telah datang yang haq dan telah sirnalah yang bathil karena sesungguhnya yang bathil itu pasti akan sirna. Dan kami telah menurunkan al-qur’an itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang dhalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.”

Khasiat yang terkandung dalam doa Nurbuat antara lain:

Hajat dapat terkabul, jika dibaca sesudah sholat fardlu secara rutin.
Dapat bertemu dengan Jin, bisa merubah rupa .
Dapat menyembuhkan hewan yang cacad bila dibacakan pada hewan tersebut.
Dapat diampuni dosa kita, jika dibaca ketika matahari terbenam.
Dapat disayangi oleh musuh, jika dibaca ketika hendak keluar rumah.
Dapat menjadi penjaga rumah dari gangguan jin, sihir, santet dan bahaya lainnya, jika ditulis lalu
        disimpan di dalam rumah.
Dapat menyelamatkan serangan hama, jika ditulis lalu diletakkan pada tanaman.
Dapat mengusir jin dari tempat-tempat angker, jika ditulis dan diletakkan di tempat tersebut.
Dapat kesejahteraan dunia akhirta jika dibaca setiap hari secara rutin.
Dapat menjauhkan dari kekufuran dan perbuatan maksiat jika dibaca 50 kali setiap malam Jum’at.
Dapat memperlihatkan hal-hal yang indah, jika dibaca 100 kali pada malam Sabtu.
Dapat menawarkan air laut, jika dibaca lalu ditiupkan pada air laut tersebut.
Dapat awet muda jika dibaca setiap malam Minggu
Dapat keselamatan hidup jika dibaca setiap malam Senin.
Dapat menguatkan tubuh jika dibaca setiap malam Selasa.
Dapat menguatkan gigi jika dibaca setiap malam Rabu.
Dapat menjadikan wajah tampak lebih tampan/cantik jika dibaca setiap malam Kamis.
Dapat menjinakkan binatang buas jika dibaca pada telinga binatang tersebut.
Dapat bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi jika dibaca 100 kali sebelum tidur.
Dapat menyembuhkan segala macam penyakit jika dibacakan pada minyak kelapa lalu dioleskan
        pada bagian yang sakit tersebut.
Dapat dikasihi oleh penguasa, pejabat jika dibaca setiap hari.
Dapat berjalan jauh, jika dibacakan pada daun sirih yang bertemu ruasnya lalu diioleskan keseluruh
        tubuh dan kedua kaki.
Dapat bertemu dengan raja jin jika dibaca pada tengah malam dalam keadaan suci.
Dapat keselamatan dari pertempuran jika dibaca ketika akan berangkat bertempur.
Dapat diterima lamaranya jika dibaca ditempat sunyi setelah siangnya berpuasa.
Dapat memudahkan kelahiran jika dibacakan pada segelas air lalu diminumkan pada Ibu yang akan
        melahirkan tersebut.
Dapat menyembuhkan sakit pada mata jika dibaca lalu ditiupkan pada mata yang sakit.
Dapat menyembuhkan gigitan binatang berbisa jika dibaca lalu ditiupkan pada gigitan tersebut.
Dapat kemuliaan di lingkungan masyarakat jika dibaca secara rutin setiap hari.
Dapat melenyapkan permusuhan jika dibaca sebanyak-banyaknya.

Jadi sebetulnya kita tidak perlu pergi ke paranormal atau dukun agar hajat dan keinginan kita terkabul. Amalkan saja doa nurbuat ini dengan hati jernih dan ikhlas hanya karena allah. Wallahu alam.


Sumber : Cermin Sebuah Hati



"Siapa yang setiap habis solat, membaca :

1.  Subhanallah 33 kali,

2.  Alhamdulillah 33 kali,

3.  Allahu Akbar 33 kali,

4.  'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu,
     lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir'

maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meskipun sebanyak buih air laut".(HR.Muslim)

...kecuali dosa2 besar..

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris



1.  Cara nak tahujika sesebuah kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


2.  Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Sumber : Rohizan Ya

DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG BISA

DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG BISA :

Apabila anda atau sesiapa jua digigit binatang atau haiwan berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan sebagainya, maka boleh menggunakan ikhtiar berikut bagi menghilangkan sakit bisa daripada merebak ke dalam tubuh pesakit. Usaha dan berdoalah kerana pasti Allah akan memberikan kita kesembuhan.

KAEDAH RAWATAN

1. Al-Fatehah
2. Surah Al-Ikhlas
3. Surah Al-Falaq
4. Surah An-Nas
5. Bismillah 5

BAHAN RAWATAN

1. Garam Kasar
2. Air
Dibacakan turutan ayat di atas dan kemudiannya dihembuskan kedalam air yang bercampur garam. Rendamkan kaki pesakit kedalam baldi yang ada campuran garam tersebut beberapa ketika. Boleh juga kemudian sekali menjirus air ke tempat yang sakit, insyaAllah bisa akan reda dan akan beransur hilang.

Diperolehi dari fanpage Dunia Macam-Macam.:

Ikhtiar Menghalau Tikus

Kaedah Menghalau Tikus :

1.  Petua orang tua meletakkan daun durian belanda di tempat laluan tikus

2.  Menutup lubang kemasukan tikus

3.  Memasang perangkap

4.  Menggunakan surah Al Maidah. Caranya :

~  Sediakan 4 keping atap genting (jika ada lebihan atap genting yang lama-lama)

~  Tuliskan dengan paku di atas 4 atap genting tersebut ayat 78 Surah Al-Maidah. (Jika paparan tidak jelas, sila rujuk kitab Al-Quran anda)

~  Hendaklah menulis menggunakan paku supaya terdapat sedikit kesan tulisan

~  Letakkan di atas 4 penjuru rumah anda.


Diperolehi dari fanpage Dunia Macam-Macam

Tip menghilangkan mengantuk semasa memandu



Tip menghilangkan mengantuk semasa memandu :

Perjalanan jauh misalnya balik kampung akan mengundang rasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

(  1  )  Ayat Qursi yang boleh membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk :

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")


(  2  )  Membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan
anda ditambah dengan ayat"

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI
WALA FISSAMAA' I WAHUWASSAMIUL 'ALIIMM" 3X.

DOA AGAR DIMURAHKAN REZEKI


Petua agar dimurah dan diluaskan rezeki :

1. Jangan tinggalkan ibadah dan perintah-perintah kepada Allah untuk mendapat keberkatanNya.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang mengundang kasih dan kasihan Allah kepada hambaNya.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaan nya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan maksiat dan  dosa

Dosa bukan menutup pintu rezeki dan meresahkan hati. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)

4. Banyak berzikir dan mengingati Allah SWT

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah SWT daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.



11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Memberi binatang makan cth: burung,kucing atau ikan

“Tidak ada seorang muslim yang menanam pohon atau tanaman lalu burung memakannya,manusia atau haiwan, kecuali dia akan mendapatkan sedekah kerananya.”(HR Al-Bukhory)

15. Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

16.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibuka kan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

19.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

20.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah SWT berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah SWT beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

21.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kunci rezeki adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.