Showing posts with label MECCA (MAKKAH) INFO. Show all posts
Showing posts with label MECCA (MAKKAH) INFO. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Keretapi laju pertama di Makkah





Keretapi laju pertama di Makkah - dari Makkah ke Madinah

MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.

“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).

Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.

Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.


MEKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH(150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)

Laluan keretapi laju Haramain ini akan memiliki stesyen di Mekah, Madinah, Jeddah, Rabigh, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah.

Tetapi belum ada kepastian apakah laluan keretapi laju Haramain ini boleh digunakan oleh jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika dapat digunakan jemaah haji, maka keretapi ini akan menjimatkan banyak masa perjalanan berbanding menggunakan bas selama ini.

Ada juga terengar suara-suara yang mengatakan haji sekarang susah nak mendapat haji yang mabrur. Ini kerana menunaikan haji pada zaman sekarang sudah tidak semencabar dahulu, jika dahulu tawaf hanya setingkat sehingga sesak, sekarang sudah ada tiga tingkat kalau saya tidak silap. Tempat melontar jamrah pun sudah bertingkat-tingkat,tempat bersaie antara Bukit Safa dan Marwah pun sudah ada lorong pergi dan balik.

Ada kebaikan pembangunan yang pesat di Arab Saudi yang memudahkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima ini. Bagi yang banyak rezeki, hotel berkelas lima enam bintang tersedia di bina hampir sekali dengan Kaabah.



Tambahan :

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umat Islam yang ingin menggunakan keretapi metro pertama Mekah untuk program ziarah akan harus membayar SR250 untuk harga tiket yang akan memberi perkhidmatan mereka selama tujuh hari. Keretapi Metro ini dikatakan akan beroperasi bulan depan iaitu apabila jemaah Haji tahun ini selesai menunaikan Haji.

Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.

“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.

Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai.

Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah. Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.

Habib Zain Alabidin mengatakan kereta api akan beroperasi sepanjang tahun.

Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah.

Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji.

Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk.








Tuesday, 6 December 2011

Hujan Air Batu Di Makkah



Fenomena alam yang jarang berlaku di Mekah, Arab Saudi. Hujan lebat yang disertai ketulan air batu,melanda Kota Suci lebih kurang pukul 16.25 waktu tempatan, Sabtu (01/10).

Hujan air batu tersebut membuatkan suhu di kota Mekah yang biasanya lebih kurang 40 darja Celcius, berubah menjadi lebih sejuk.

Media Center Haji (MCH) di Mekah, melaporkan, hujan tersebut disertai air batu berdiamater setengah sentimeter.

Hujan air batu cukup membuatkan suhu di kota Mekah yang selama ini cukup panas menjadi lebih sejuk.

“Adanya hujan ini mampu menurunkan suhu udara sehingga menjadi sejuk setelah sebelumnya panas” katanya.

Perubahan cuaca yang ekstrem perlu diambil perhatian kepada bakal-bakal jemaah haji Malaysia yang akan datang ke Mekah. Seperti diketahui, tidak lama lagi jemaah haji dari tanahair akan berangkat ke Tanah Suci.

Makkah al-Mukarramah adalah ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi



Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

1. Dalil secara Qati’ (putus - tidak boleh dipertikai) menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi seperti kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran dari sudut ilmu sains, astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

2. Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi.

Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’.

Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif.

Berbeza dengan padangan yang sebaliknya. Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.

6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya. Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.

Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah.

Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi. Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).

Wallahu A’lam.