Keretapi laju pertama di Makkah - dari Makkah ke Madinah
MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.
MEKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH(150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)
Tetapi belum ada kepastian apakah laluan keretapi laju Haramain ini boleh digunakan oleh jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika dapat digunakan jemaah haji, maka keretapi ini akan menjimatkan banyak masa perjalanan berbanding menggunakan bas selama ini.
Ada juga terengar suara-suara yang mengatakan haji sekarang susah nak mendapat haji yang mabrur. Ini kerana menunaikan haji pada zaman sekarang sudah tidak semencabar dahulu, jika dahulu tawaf hanya setingkat sehingga sesak, sekarang sudah ada tiga tingkat kalau saya tidak silap. Tempat melontar jamrah pun sudah bertingkat-tingkat,tempat bersaie antara Bukit Safa dan Marwah pun sudah ada lorong pergi dan balik.
Ada kebaikan pembangunan yang pesat di Arab Saudi yang memudahkan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima ini. Bagi yang banyak rezeki, hotel berkelas lima enam bintang tersedia di bina hampir sekali dengan Kaabah.
Tambahan :
Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umat Islam yang ingin menggunakan keretapi metro pertama Mekah untuk program ziarah akan harus membayar SR250 untuk harga tiket yang akan memberi perkhidmatan mereka selama tujuh hari. Keretapi Metro ini dikatakan akan beroperasi bulan depan iaitu apabila jemaah Haji tahun ini selesai menunaikan Haji.
Tiga jenis tiket akan merangkumi semua tempat suci di Mekah dan akan membolehkan para peziarah untuk naik kereta api ke bandar untuk melakukan amalan mereka sebelum kembali ke tempat tinggal mereka di dalam atau di luar bandar, menurut akhbar PAKEM , mengutip kata Habib Zain Alabidin, wakil di Saudi Kementerian Hal Ehwal Bandar.
“Harga tiket telah ditetapkan sebanyak SR250 (US$67/RM201.00) yang akan merangkumi perjalanan penuh ke dalam dan keluar dari Mekah selama tujuh hari … tiket lain adalah harga SR100 (US$ 27/RM81.00) selama empat hari,” katanya.
Para pegawai mengatakan kereta api tersebut mempunyai kapasiti seramai 170,000 penumpang dalam fasa pertama dan dua juta apabila fasa ketiga dan terakhir selesai.
Arab Saudi telah memperuntukkan hampir SR6.7 bilion (US$ 1.8 bilion /RM5.4 billion) untuk metro tersebut, perkhidmatan secara berterusan yang bermula bulan depan untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah. Para pegawai berharap projek untuk sebahagian besar menyumbang mengurangkan kesesakan jalan disebabkan oleh kereta berhampiran Makkah.
Habib Zain Alabidin mengatakan kereta api akan beroperasi sepanjang tahun.
Projek ini merupakan sebahagian daripada program mahal oleh Arab Saudi untuk mengatasi kesesakan lalu lintas teruk di dalam dan sekitar bandar dan memudahkan akses kepada semua tempat-tempat suci di Mekah.
Lebih dari dua juta umat Islam ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji.
Projek kereta api, bermula tiga tahun lalu yang mana China Railway Construction Corp, sebahagian daripada konsortium Saudi-Perancis-China yang memenangi kontrak, telah melaksanakan projek ini, yang melibatkan hampir 5,000 pekerja. Sistem Keretapi ini adalah kedua di negara Teluk.
Saya Ingin Melihat Sendiri Project2 Ini Di- Mekah Jeddah & Mardinah Kalau Sudah Siap Sepenuh Nya . Dengar Cerita Ianya Dgn Kerjasama Datuk Najib Arab Saudi Mintak Kerjasama Jurutera2 Dari Malaysia Dan Dari Negara2 Islam Yg Lain Membina Project2 Tersebut .Syukuralhamdulillah .
ReplyDelete