Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa Al-Thani
Qatar terletak di Semenanjung Teluk Persia, sebelah Timur Arab Saudi iaitu . Luasnya hanya 11.437 km2. Qatar terdiri dari 100% gurun pasir yang kaya dengan minyak dan gas. Simpanan minyak dan gas negeri kecil ini adalah antara yang terbesar didunia. Qatar mengeksport 77 juta ton gas setahun.
Ibu negeri Qatar ialah Doha.
Doha, ibu negeri Qatar
Menurut majalah Forbes keluaran Mac 2012, Qatar adalah antara negara yang sangat kaya dengan pendapatan perkapita tertinggi di dunia yaitu USD 88.222 atau Rp 805 juta setahun.
Jumlah penduduk Qatar hanya 1.8 juta orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 30% terdiri daripada warga asli Qatar yg disebut Qatari.
Warga asli Qatar (Qatari)
Kira-kira 70% penduduknya terdiri daripada pendatang yang kebanyakan dari India, Sri Lanka, Nepal, Filipina, Mesir, Yaman, Somalia dan Indonesia.
Rekabentuk Stadium Piala Dunia Qatar 2022 yang menakjubkan
Qatar dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 atau 'World Cup 2022'.
Selaku penganjur, Qatar telah menyediakan stadium dengan rekabentuk yang menakjubkan. Stadium yang disifatkan oleh sesetangah pihak sebagai pelik itu akan menjadi 'kampung' bagi jaguh-jaguh bola sepak dari seluruh pelusuk dunia pada tahun 2022 nanti.
Di bawah beberapa gambaran venue untuk 'World Cup 2022' itu nanti.
-> KAEC, Saudi Arabia, Biggest Mega Project in the World!
-> Kapal super mewah pemimpin Islam di Dubai
No comments:
Post a Comment