Sunday 22 April 2012

Bee Hoon Belacan

Bee Hoon Belacan

Selain Laksa Sarawak dan Mee Kolok, Bee Hoon Belacan adalah antara makanan 'signature' yang popular dan digemari oleh warga Sarawak. 

Belacan dari Bintulu atau Miri yang berharga sekitar RM 30.00 ke atas hendaklah digunakan untuk menjamin kesedapan rasanya.


Ramuannya :

( Untuk 5 orang)

1.  Ramuan untuk kuahnya : 

Bawang Putih (5 ulas)
Bawang Merah (4 ulas)
Bawang Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan berkualiti (1 sudu besar)
Kepala Udang Payak (dlm 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Hidup (2)
*jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr)

2.  Bahan-bahan lain :

1 peket Bee Hoon (dicelur dan ditoskan)
1/2 ekor Sotong Kembang (dicelur dan dihiris kecil memanjang)
1/4 biji Timun (di hiris kecil memanjang)
Kacang tanah ( digoreng dan ditumbuk 
Telor Hitam 

Cara Membuatnya :

1/ Kisar bhn A d atas. Tumis hingga naik bau.
2/ Di periuk yang berlainan, rebus kepala udang.
3/ Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
4/ Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
5/ Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6/ Akhir skali masukkan tepung jagung sesedang pekat.
7/ Angkat & hidang bersama bhn B.


Di bawah ini adalah empat variasi Bee Hoon Belacan, selain variasi-variasi lain :





Nota :
 Imej untuk Telur Hitam atau preserved duck egg




No comments:

Post a Comment