Wednesday 4 July 2012

IRMA HASMIE SAH BERGELAR ISTERI PADA 29 JUN 2012

Irma bersama ibu dan ibu mertua, Azizah Osman,  selepas upacara menyarung sebentuk cincin berlian ke jari manisnya





Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan sah menjadi suami isteri pada 29 June 2012. Irma Hasmie, 30 dan  Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan,31, dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman di Dewan Sri Melati, Putrajaya.


"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu. Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," kata Irma.


Irma  bertemu ahli perniagaan, anak kepada Datuk Mohd Redzuan, ini di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu. Keluarga Reza kemudian merisik Irma pada 12 Mac 2012.

Irma Hasmie, 30, menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220.


Majlis perkahwinan sangat Islamik ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don.  

Sumber :  

~~~>  Beautifulnara

~~~>  Maklumat Dot My


~~~>  Murai


No comments:

Post a Comment