Wednesday 5 September 2012

INSAN ISTIMEWA YANG MELAHIR DAN MEMBESARKAN USTAZ DON DANIAL DON BIYAJID

Keluarga bahagia, Ustaz Don Danial Don Biyajid


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau 
                  Pinang & Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad 
                    Qiraat Shoubra, Mesir


Ibu dan ayah Ustaz Don memang romatis, lihat sahaja dalam gambar di atas, pandangan mata ayah Ustaz Don ke wajah isterinya sambil kedua tangannya menggenggam erat tangan isteri tersayang.


Prof. Muhaya dalam komennya di bawah menceritakan dua insan istimewa ini : 

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? 

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ...bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. 

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"





No comments:

Post a Comment