Monday 3 September 2012

PANDELELA RINONG PAMG : KEJAYAAN-KEJAYAANNYA

 Keluarga Pandelela Rinong

Pandelela Rinong dengan pakaian tradisional Bidayuh


Nama Penuh        : Pandelela Rinong Pamg
Nama Panggilan  :  Lulu
Tarikh lahir          : 2 Mac 1993
Bangsa                  : Bidayuh
Tempat Asal         : Kampung Jugan, Bau, Sarawak

Pandelela Rinong mengambil dua acara iaitu 10m platform dan juga 10m berirama platform bersama Leong Mun Yee di Sukan Olimpik London 2012.


Pandelela Rinong, 19 tahun, telah mengharumkan nama Malaysia di pesada dunia apabila beliau menyumbangkan pingat Gangsa buat negara dalam dalam acara terjun 10m platform di Sukan Olimpik London 2012 sekaligus menjadikannya sebagai atlit wanita Malaysia pertama menyumbang pingat dalam sejarah sukan olimpik.

Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu terjunan sempurna untuk memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih tempat ke 3 keseluruhan terbaik.

Penerjun negara, Pandelela Rinong mencatat mata keseluruhan 359.20 dalam acara 10 meter platform individu wanita dan berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 

 Pingat emas dimenangi penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak dimenangi penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.

Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.


Gadis Bidayuh yang mempunyai ketinggian 160 sm ini telah banyak menempah kejayaan sebelum meraih Pingat di Sukan Olimpik London 2012, antaranya dalam Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan World Serises sebagaimana mengikut urutan di bawah :

2012 Pingat Gangsa Sukan Olimpik London 10m plafform
2011 Pingat Perak World Series 10m plafform
2011 Pingat Perak 10m berirama plafform
2010 Pingat Perak Sukan Asia 10m plafform
2010 Pingat Perak Sukan Asia 10m berirama plafform
2010 Pingat Emas Sukan Komanwel 10m plafform
2010 Pingat Perak Sukan Komanwel 10m berirama plafform
2009 Pingat Gangsa Kejohanan Dunia 10m plafform
2009 Pingat Emas Sukan SEA 10m plafform
2009 Pingat Emas Sukan SEA 10m berirama plafform
2007 Pingat Emas Sukan SEA 10m berirama plafform



No comments:

Post a Comment