Friday 16 December 2011

KAIFIAT SUJUD SYUKUR



Sujud syukur (satu kali) merupakan ibadah sunat yang dilakukan diluar solat. Tidak harus sujud syukur di dalam solat, bahkan haram jika dilakukan.

Disunatkan sujud syukur bagi mereka yang mendapat nikmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala iaitu nikmat yang zahir misalnya mendapat anak, naik pangkat/ kedudukan, mendapat kekayaan yang halal, beroleh kemenangan menentang musuh, mendapat hujan setelah lama kamarau, sembuh dari penyakit dan sebagainya.

Kaifiat Sujud Syukur

1. Niat serta takbiratul ihram (angkat kedua tangan dan menyebut Allahu Akbar).

2. Sujud (1 kali) baca AllahuAkbar ketika bergerak sujud dan ketika bangun dari sujud.

3. Memberi salam.

4. Bacaan sunat semasa sujud (seperti bacaan sujud

tilawah): ﻩَﺭَّﻮَﺻَﻭ ُﻪَﻘَﻠَﺧ ﻱِﺬَّﻠِﻟ َﻲِﻬْﺟَﻭ َﺪَﺠَﺳ ُ ِﻪِﻟْﻮَﺤِﺑ ُﻩَﺮَﺼَﺑَﻭ ُﻪَﻌْﻤَﺳ َّﻖَﺷَﻭ ﻪِﺗَّﻮُﻗَﻭ ِ ﻙَﺭﺎَﺒَﺘَﻓ َ َﻦﻳِﻖِﻟﺎَﺨْﻟﺍ ُﻦَﺴْﺣَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ

Ertinya:
"Telah sujud wajahku kepada (Allah, Zat yang Menciptakannya, yang membentuknya dan yang
membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat
(serta Maha Tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta"
(HR Muslim dan at-Tirmidzi).

No comments:

Post a Comment