Sunday 22 April 2012

Tikar Sarawak Asli

Awas!!! Tikar Sarawak Tiruan!!!!!

Terdapat beberapa jenis Tikar Kayu atau Tikar Rotan yang kurang berkualiti datang dari Negeri China mula membanjiri di pasaran Malaysia. 

Bahkan ada yang megaku ia adalah TIKAR SARAWAK.

Untuk makluman anda, Tikar Sarawak mempunyai ciri-ciri kemasan yang ASLI. Mempunyai 3 ikatan tali untuk mengikat rotan-rotan dan kulit kayu.




Tikar Sarawak

Tikar Sarawak yang asli dibuat oleh masyarakat Bidayuh Sarawak dibuat daripada rotan dan dianyam dengan kulit kayu. Ianya senang dijaga. Jika kotor, hanya cuci dengan air dan jemur sehingga kering. Tahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Tikar Sarawak popular dan diminati sebab unik & cantik menjadikannya sesuai sebagai hamparan dalam rumah. Malah tahan untuk di luar rumah. Juga sesuai sebagai cenderahati untuk ibu, mak mertua atau sebagai kenangan sendiri apabila berkunjung di Bumi kenyalang.

Tikar Sarawak terdapat dalam pelbagai motif dan variasi.

Dibawah ini tiga motif popular sebagai rujukan dan panduan bersama :

 motif batik


 motuf jalur


motif perisai


Tikar Sarawak didapati dalam pelbagai variasi. Antara yang popular ialah :

1.  Tikar segak mas belang

2.  Tikar segak mas belang perisai (ada pattern perisai)

Selalunya pekedai bersedia untuk mengepos Tikar Sarawak yang anda beli terus ke pintu rumah anda berpandukan alamat yang anda telah berikan. Caj poslaju hanya RM50.00 dikenakan. Tetapi ada juga kedai yang membuat penghantaran percuma, jika anda rajin dan sabar mencari.



Antara Tempat Menjual Tikar Sarawak :


1.     Main Bazaar

Untuk yang tidak berkesempatan ke Pasar Serikin (Pasar Serikin hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja), boleh membeli Tikar Sarawak di kedai-kedai di Main Bazaar. Pekedai akan menghantar tikar anda dengan Poslaju dengan bayaran RM7 untuk satu kilo. Tikar yang berukuran 10 kaki x 8 kaki selalunya dalam 7-8 kilo sehelai. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk membawa tikar yang berat dan panjang naik kapalterbang. Hanya pilih tikar & isikan borang penghantaran beserta alamat anda.



2.  Pasar Serikin

Pasar Serikin hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad tetapi harga Tikar Sarawak di sini memang murah dari tempat lain.  Pilihan juga banyak.



3.  Kota Sentosa (Batu 7, Jalan Penrissen)



Kedai-kedai di Kota Sentosa memang sudah biasa membuat urusan pos untuk Tikar Sarawak, malah sofa kayu jati pun mereka boleh poskan.




Panduan Harga Tikar Sarawak Di Pasaran


Harga Tikar Sarawak bergantung kepada mutu rotan dan pattern-nya.

Peringatan :

Harga dipaparkan hanya sebagai panduan sahaja. Harga di kedai mungkin lebih mahal atau lebih murah sedikit daripada harga panduan di sini!



Rm 100 sahaja.(saiz 5 kaki x 6 kaki)





Saiz: 6x9 kaki
Harga: RM340 (Termasuk caj penghantaran)
Saiz: 7x10 kaki
Harga RM380 (Termasuk pos penghantaran)
Pos Laju ( Dijamin sampai seawal 1 atau 2 hari bekerja)


Saiz: 6x9 kaki
Harga: RM340 (Termasuk caj penghantaran)
Saiz: 7x10 kaki
Harga RM380 (Termasuk pos penghantaran)
Pos Laju ( Dijamin sampai seawal 1 atau 2 hari bekerja)


TIKAR KAYU BORNEO

Selain Tikar Sarawak Asli, Tikar Kayu Borneo atau Tikar Kayu Palembang tidak kurang peminatnya.

juga dikenali sebagai Tikar Kayu Pelembang


Harga Tikar Kayu Palembang di pasaran 

(sebagai panduan SAHAJA. Harga di kedai mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga rujukan di sini !!! )

1.     Untuk Ukuran 3 kaki x 6 kaki = RM200

2.     Untuk Ukuran 5 kaki x 7 kaki = R M220

3.     Untuk Ukuran 6 kaki x 8kaki = RM300



8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya berminat..camna nak dapatkannya ye?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tuan bleh selongkar FB page Hanya Di Sarawak pun ada jual tikar2 Sarawak. Tuan bleh whatspp Tuan Punye Page di 013839 5560

      Delete
  4. Berminat utk membeli, bagaimana saya boleh membuat pembelian.? Terima kasih😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan bleh selongkar FB page Hanya Di Sarawak pun ada jual tikar2 Sarawak. Puan bleh whatspp Tuan Punye Page di 013839 5560

      Delete
  5. masih beropersi ke.saya berhajat utk membli

    ReplyDelete