Gua Pari-Pari @ Fairy Cave, Bau


Gua Pari-Pari @ Fairy Cave dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.


Kaum Cina pula telah membina beberapa buah makam di dalam gua tersebut di samping beberapa buah patung Buddha.


Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.


Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.




No comments:
Post a Comment