Thursday 19 April 2012

TASIK BIRU


TASIK BIRU, BAU

Dahulunya, Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira lima hektar dan dalamnya pula ratusan meter ke bawah tanah.

Pernah satu ketika, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing. Mungkin ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia. Pernah satu ketika berlaku pemendapan di beberapa buah tempat di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau disebabkan perlombongan semula di tasik ini. Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan, akhirnya pada tahun 1998, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan berhenti dengan serta merta. Kini, Tasik Biru menjadi salah satu ekopelancongan di negeri ini. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah sambil menikmati udara segar. Di samping itu, pengunjung boleh melihat sendiri wajah tasik buatan manusia yang kebiru-biruan sambil merenungi sejenak sejarah yang tersirat di dalamnya.


Tasik Biru literally means Blue Lake. The lake seems to appear blue-greenish (more blue actually) due to the reflection of the green vegetation and blue sky. However, the blue is actually due to the high level of arsenic in the lake.












No comments:

Post a Comment