Thursday 17 May 2012

ADI PUTRA DAN ISTERI SEPAKAT UNTUK BERPISAH SECARA BAIK


Melalui Akhbar Harian Metro hari ini, Adi Putra telah mengesahkan yang dia sudahpun memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya.


Menurut Adi Putra, permohonan untuk bercerai telah pun dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lalu.

Mereka berdua dikatakan tiada lagi persefahaman untuk bersama dan bukanya berpunca daripada ketiadaan cahaya mata ataupun orang ketiga.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,”

“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini akan berlaku dalam rumah tangga saya. Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang,”

Menurut Ady Putra lagi, dia dan isteri sudapun berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka namun mereka berdua menemui jalan buntu dan akhirnya mereka berdua telah bersepakat untuk berpisah secara baik

No comments:

Post a Comment