Tuesday 29 May 2012

PELAJAR LANCAR JAWAB EXAM SETELAH MENJAGA IBU SAKIT



Kisah benar ini terkadi dalam peperiksaan dan telah diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut :

Seorang pelajar telah masuk dalam dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan.

Setelah menerima kertas ujian dan masa terus berlalu, tetapi guru tersebut mendapati dia tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya, sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Perangainya yang pelik menarik perhatian guru itu lebih kepadanya.

Syak wasangka menyerang hati sanubari guru itu apabila tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan,  dengan pantas. Prasangka semakin tebal bersarang di hati guru itu apabila mendapati pelajar tersebut telah menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Dia mula beranggapan bahawa pelajar tersebut telah menipu menggunakan taktik baru. Guru tersebut tidak puas hati apabila tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Guru tersebut terus bertanya dengan penuh curiga apabila pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya.

Alangkah tersentuhnya hatinya apabila pelajar tersebut menceritakan : 

“Semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya tidak sihat dan sepanjang malam saya berjaga menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji pelajaran saya untuk ujian hari ini. Tetapi hari ini saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan saya akan dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan ini. Tetapi saya mendapati soalan-soalan yang dikemukakan tidak dapat saya jawab. Lalu saya tawakal dan saya berdoa kepada Allah dengan bertawasil amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya."

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa, berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment