Wednesday 30 May 2012

CARA MENGENALI BARANGAN DARI KULIT BABI

kulit babi -  3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga

1. Struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain. Biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk perempuan, khasnya kasut kanak-kanak perempuan, selain banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

No comments:

Post a Comment