Thursday 17 May 2012

Tweet Zed Zaidi Cabar.....Tunjukan Permit Kerja



Semalam MyGosip ada membuat satu post mengenai kesanggupan Aaron Aziz menunjukan permit kerjanya di Malaysia jika diperlukan, dan malam kita dikejutkan pula dengan tweet Zed Zaidi yang menjurus ke arah cerita tersebut.

Walaupun Zed Zaidi tidak menyebut nama Aaron Aziz didalam tweet itu, namun ramai yang beranggapan yang tweet tersebut ditujukan buat Aaron Aziz.

“JGN NAK BERANI CAKAP NAK TUNJUK PERMIT,TUNJUKKAN JE PERMIT TU MACAM MANA DIA MENUNJUKKAN IC DIA DULU NAK TAHU JUGAK PERMIT KEMENTERIAN MANA?”

Tweet yang penuh dengan huruf besar itu Bagaikan satu cabaran buat Aaron Aziz untuk membuktikan yang beliau mempunyai permit yang sah.

Jadi sebelum ini kita sudah pun dapat melihat kad pengenalan Aaron Aziz, selepas ini pastinya kita dapat melihat permit kerjanya pula kan. 

No comments:

Post a Comment