Thursday 17 May 2012

REAKSI RITA RUDAINI BILA AIDIL ZAFUAN TARIK BALIK TUNTUTAN CERAINYA.



Semalam Aidil Zafuan telah menarik semula tuntutan cerainya terhadap Rita Rudaini itu atas alasan mahu berdamai dan demi masa depan anak-anak mereka berdua.

Menurut Aidil Zafuan, permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini sebelum ini menunjukan yang Rita masih lagi mahu mengekalkan perkahwinan mereka. Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju mahu menarik semula tuntutan cerai dan memohon agar Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya.

Aidil Zafuan juga memberitahu jika Rita Rudaini gagal memenuhi permintaan itu, dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan nusyuz dan kembali taat.

Rita kelihatan bertambah ayu

Manakala bagi pihak Rita Rudaini pula, dia menganggap tuntutan Aidil itu sebagai tuntutan tidak masuk akal kerana selama ini Rita tidak pernah melanggar perintah suami.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,”

“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
“Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” (Mstar)

Nampaknya hubungan perkahwinan mereka berdua telah berjaya diselamatkan.. hanya dengan sedikit lagi perbincangan diantara mereka berdua pastinya perkahwinan diaorang akan bahagia seperti sebelum ini..

No comments:

Post a Comment