Firman Allah SWT yang maksudnya :
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak pula bagi perempuan yang mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S. Al-Ahzab: 36)
Perintah Allah SWT kepada kaum wanita untuk menggunakan hijab :
1. Hijab itu ‘iffah (menahan diri dari maksiat) sebagaimana firman Allah SWT :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)
2. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka: “adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutupi rambut daripada dilihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya (HR. Bukhari dan Muslim)
3. “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan nya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)
4. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)
5. Hijab itu taqwa sebagaiman Allah SWT berfirman:
“Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Q.S. Al-A’raaf: 26)
6. AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan (termasuk perut tangan) dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari).
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].
Pendapat Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jamia li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Apa yang ‘biasa nampak darinya’ adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]
7. Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam juga melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
SALAH FAHAM PEMAKAIAN TUDUNG
Ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan mereka masih mementingkan trend, keanggunan dan kecantikan tanpa memikirkan samada tudung yang mereka pakai menutup aurat secara sempurna atau tidak.
Jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna.
PAKAIAN WANITA ISLAM
ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
2. Pakaian tersebut tidak boleh terlalu nipis sehingga terbayang bentuk tubuh dari luar.
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)
3. Tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai.
4. Menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
5. Pakaian itu tidak sekali - kali disemarakkan dengan bau - bauan demikian juga dengan badan wanita itu, kerana bau - bauan itu ada pengaruhnya kepada nafsu kelamin lelaki yang ajinabi. Wanita yang
memakai bau - bauan ketika keluar rumah, sehingga dihidu oleh lelaki disifatkan oleh nabi sebagai pelacur.
6. Warna pakaian yang pakaian yang sesuai ialah warna gelap atau warna lembut seperti putih dll.
Warna lembut termasuk putih nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)
7. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau musrik.
8. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim).
9. Pakaian itu dipakai bukan dengan tujuan untuk bermegah - megah.
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
Keterangan lanjut mengenai pakaian wanita ini boleh didapati didalam buku Al Hijab oleh Allahyarham Al Ustaz Muhammad bin Wan Muhammad Ali.
DEDAH AURAT : "DOSA MUDAH & TANPA DISEDARI"
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan mendedah auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat 1 dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandang auratnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari...
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yg mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya"
(Riwayat Ahmad dan lain-lain)
Akhir sekali tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar
Saya ingin memberi pandangan...Sial la lelaki syaitan mcm Azhar Idrus. Gila sex!! Dah la muka mcm haram keling !
ReplyDelete