Namun, apabila suara wanita tersebut dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan, ianya adalah haram untuk diperdengarkan kepada jantina berlawanan secara ijma'.
Allah telah memberi amaran:
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Di sini, para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram. Imam As-Suddi berkata, larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.
Malah bukan sekadar suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga. Kebiasaannya mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang menarik perhatian di samping duduk menjadi tontotan lelaki. Jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata, apatah lagi mereka yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.
Pelaburan dosa
Sejak akhir-akhir ini muncul satu trend untuk mempopularkan diri dengan youtube. Mereka ini muncul dengan pelbagai kreativiti, antaranya menyanyi, menari, malah miming juga turut dijadikan modal untuk menjadi popular. Amat malang sekali apabila trend sebegini telah menjangkiti kaum muslimah yang kita sayangi. Dikalangan mereka ini, ada yang muncul dengan membawa imej islamik, penampilan dengan baju kurung serta bertudung labuh sambil memegang gitar!
Buat muslimah yang sudah terjebak, ketahuilah terdapat sesuatu yang unik mengenai salah satu fungsi youtube iaitu total views. Tahukah anda, ianya mempamerkan bilangan pengunjung yang telah menonton sesuatu video? Apa signifikannya fungsi ini? Ya, ianya dapat menganggar dosa anda!
Jikalau 1 view adalah bersamaan dengan 1 pandangan lelaki bukan mahram, maka 1 view juga adalah bersamaan dengan 1 dosa (anggaran). Sudahkah anda dapat mengganggar kan jumlah dosa anda sekiranya view video tersebut mencecah 100,000 views? Ini belum lagi, ditambah dengan video yang diupload secara berasingan di laman-laman sosial seperti facebook dan juga blog. Malah sekiranya, penonton mendownloadnya secara peribadi dan ditonton berulang-ulang serta diedar kepada kawan-kawan yang lain, tentu lebih padah lagi!
Juga buat peminat-peminat mereka ini, cukuplah dengan ‘keredhaan’ anda itu. Sekiranya anda berterusan menyokong kebathilan tersebut, secara tak langsung anda turut menyumbang kepada pelaburan dosa tersebut. Kita sangat bimbang sekiranya fenomena itu berlaku secara berterusan, akan menyebabkan sesuatu kebiasaan muslimah menonjol kan bakat terpendam mereka dikhayalak ramai. Cukuplah dengan suggestions video yang berlambak-lambak itu, benar-benar mencemarkan imej seorang muslimah itu sendiri.
Youtube, suatu teknologi ciptaan yahudi yang cukup hebat sekali. Namun, bukanlah untuk menyalahkan yahudi, juga bukan untuk menafikan hak anda untuk menggunakan youtube. Tetapi setiap penggunaannya, hendaklah dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhibur, bergembira dan berseronok tetapi hendaklah di dalam patuhan syariat yang ditetapkan. Mengapa perlu memberi tahu seluruh dunia akan kelunakan suara, kecomelan wajah, kemantapan skil bermain gitar dan kemahiran-kemahiran lain anda yang mengagumkan itu? Cukuplah sekadar keluarga, kawan-kawan sejantina serta bakal suami anda sahaja yang menyaksikannya. Sudah tiba masanya anda memahami bagaimana dosa anda dapat digandakan hanya dengan satu upload video!
No comments:
Post a Comment